Thursday, January 29, 2009

Naik Bot Oman, Dec 2008

Pada keesokkan harinya kami telah dibawa menaiki 'Dhow Traditional' Oman. Disitu kami berpeluang melihat dolphin serta beberapa buah kampung dibeberapa buah pulau yang rata-rata hanya 4 - 10 keluarga sahaja...yg canggihnya mereka ni berulang alik sekolah atau ke bandar naik bot laju!!!!. Kami juga berpeluang mandi-manda disitu....nantikan dientry seterusnya

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Wednesday, January 28, 2009

Musandam, Oman (Dec 2008)

Photobucket

Photobucket

Perjalanan menuju ke hotel, permandangan bukit bukau batu sebelah kanan dan laut sebelah kiri.

Photobucket

Photobucket

Gambar perjalan pulang, dari bawah sana naik ke atas.

Sunday, January 25, 2009

Kenangan di Kindergarten (KG2) - Cambrigde Scholl Qatar




Kenangan semasa Kakak Hajar di KG2, masa ni dah hari terakhir sekolah. Kakak masih ingat ke nama teacher2 kakak? Seingat ibu nama teacher kelas kakak (1st pic) Mrs. Rollien tapi arabic teacher tu ibu tak tahu dah lupa...ibu tanya kakak pun kakak pun dah tak ingat.

Sekian,
Salam sayang dari Ibu.

Ct Hawa dah mula melangkah



Tajuk entry ibu kali ni adik Hawa dah pandai berjalan tapi gambarnya ialah keadaan mendung diQatar, gara-gara ibu nak ambik gambar adik tapi adik pulak yang nak ambil gambar ibu. Adik Hawa ni memang pantang sikit tengok kamera mesti dia nak. Masa tu best-best duk praktis jalan nampak ibu pegang kamera terus je nak kamera sambil nangis-nangis. Lenkalilah ibu amik gambar adik boleh jalan, karang dah besar adik nak tengok camana gambar dia baru jalan.

Gambar ni ibu masa hari jumaat, pagi tu cuaca agak mendung (pertama dlm tahun ni dan 2008) ingatkan nak bawak gi jalan-jalan kat pantai sambil jogging dan main2, tapi nampak cam mendung je...eh! yea ke mendung? ibu cakap kat ayah '' bukan mendung tu berhabuk kot?'' mmm...dah pukul 8 takde matahari lagi ? camana nak gi corniche (pantai)?. Semua dah ready...oklah kita tunggu jap lagi, tunggu punya tunggu tetiba hujan pulak. Aikkk!!!! hujan???? eh dah lama tak hujan. Sepanjang tahun 2008 mana ada hujan. Ni hujan tahun baru ni. Rasalah jugak nak ambil gambar hujan tapi bateri kamera dah habis huhuhuh....tu ler gara-gara adik ler ni buat main. Rasanya kalau kat Malaysia abg ngan kakak ni mesti nak manti hujan tapi kat sini dia buat tak tahu aje hehhehe...maklumlah sejuk kalu tak mau jadi cam itik kat rumah tokma.

Gambar dari diambil dari dapur cute ibu (Doha, Qatar)

Sekian, salam sayang dari ibu.

Wednesday, January 21, 2009

Mimpi Abg Halim



Malam tadi abg mimpi masa tu ibu terdengar abg menangis ibu pun ke terus ke bilik abg halim, ibu tengok abg halim tutup muka dengan selimut sambil menangis perlahan sambil berkata ibu...ayah halim nampak, halim takut. Ibu yang sememangnya agak penakut ni dah rasa meremang, sambil ibu jerit panggil ayah yang sedang tidur. Pastu ibu cakap lagi jom halim bangun...jom tido dengan ibu n ayah. Abang Halim cakap sambil menangis dan tutup muka ibu ambil Ahmed (classmate) dulu Halim takut. Ayah pun datang bacakan sedikit ayat suci dan dukung Halim tidur bersama. Alhamdulillah dia boleh tidur sebelum tu Abang Halim bacakan doa sebelum tidur.

Abang Halim agak lemah semangat (macam ibu ler tu...kesian Abg Halim), sebelum tidur dia akan pastikan cuci kaki, gosok gigi dan baca Al-Fatihah dn juga doa sebelum tidur, tapi kerap bermimpi yang agak menakutkannya. Abg Halim selalu tanya dengan ibu kenapa Halim selalu mimpi, Ibu cakap abg tak cuci baca doa kot...tak abg dah baca, selalu baca kalau nak tido. Yea ibu tahu abang halim selalu baca kesian kat abang halim.

Pagi ni dah siap-siap nak ke sekolah ada sedikit masa lagi sebelum bas datang, ibu tanya abg halim. Malam tadi kenapa abg nangis, dia agak lupa...abg mimpi apa? halim cakap halim nampak ghost ada kawan monster ambil Ahmed, halim takut sebab tu halim nangis. Dalam hati ibu agak sedikit lega ingatkan kawan dia Ahmed buli dia kat sekolah.

Sekian,
Salam sayang ibu.

Baju tidur putih




Kalau sorang pakai baju tido ni mesti ibu suruh semua sekali pakai sebab ibu suka sangat tengok anak-anak ibu ni pakai baju putih. Tapi abang halim ni tak sporting sungguh ibu nak suruh posing ngan adik2 tak mahu pulak dia...duk sibuk melayan game dia je, ibu tak nak kawanlah dengan abang halim. Tapi kalau kakak ngan adik memang sakan ler kalau nampak ibu pegang kamera nak-nak si adik hawa dia memang dah tahu dan faham sangat dah, jadi apa lagi senyum je memanjang. Bila dah upload dalam komputer ibu tunjuk aje tersengih-sengih dengan gigi 2 batangnya tu.


Pada saat ini adik Hawa dah pandai berdiri sambil lepas tangan, sikit-sikit lagi boleh ler tu berjalan. InsyaAllah, ibu memang tak sabar nak tunggu adik Hawa berjalan, nanti ibu nak bawa adik Hawa berlari-lari kat corniche (pantai)...mesti best, banyak padang rumput kalau jatuh tak sakit. Cepat-cepat jalan yea sayang.

Tuesday, January 20, 2009

Muffin Coklat



Muffin ni merupakan makanan kegemaran kamu semua ibu letak resepi kat sini senang manalah tahukan kot2 nak buat sendiri nanti senang. Resepi ni ibu ambil dari myresepi.com

Muffin Coklat

Resepi : Yani

Bahan-bahan

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara-cara
1.Antara bahan-bahan yang diperlukan
2.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8.Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula

  • Tip dari ibu : kalau takut berisiko muffin terlembek lebihkan sedikit tepung

Cerita disebalik muffin

Abg Halim selalu suruh ibu buat muffin tapi ibu tak berapa nak buat sebab macam leceh je, abg halim ni duk kemaruk nak makan muffin sebab duk tengok cerita kartun dexter apa taknya muffin kartun lukis gemuk2 sapa tak geram ibu pun rasa nak makan. Bila abg halim dah tak kuasa nak suruh ibu lagi, ibu pulak rajin nak buat...ibu pun try ler cari kat myresepi (port ibu ler tuh hehhe) hah!!! jumpa muffin yang senang tuan punya cakap senang tak payah pukul sampai kembang oiii...apa lagi bolehlah ni (tak payah nak pakai mixer lalalla...malas nak cuci sebenarnya) kacau punya kacau maka jadik ler muffin. Dapat tak banyak hanya 9 biji,punya ler suka abg halim dan kakak hajar... dah habis mintak lagi. Alamak cooking coklat dah habislah sayang nanti ibu listkan cooking adalah senarai teratas grocery ibu minggu ni. Nak makan muffin lagi yea? InsyaAllah ibu buat.

Monday, January 19, 2009

Underwater World, Pulau Langkawi




Alahai kakak berangan nak jadi pingu tapi kepala tak cukup besar, takpe anak ibu ni kena makan banyak lagi biar cepat besar.



hahahah...masing-masing nak berlakon sejuk ler tuh, macam ler ibu tak tahu tuh.
Tapi takpelah beranganlah mana ler tahu suatu hari nanti boleh pergi belajar kat oversea. InsyaAllah.

Sunday, January 18, 2009

Cik Ain Main Ularrrrrrr....

Gambar diLangkawi Julai 2008. Sama-sama bercuti diPulau Langkawi Halim dan Hajar seronok bukan main bermain dengan mak-mak sedara sampai ibu dan ayah diaorg tak kisah dah.

Cik Ain ni memang selera dia lain sikit eeiiii...geli ibu tengok. Lepas tu nak duduk dekat cik ain pun ibu nail geli gelemang hehhehhe... Cik Ain cakap ular ni pemalas...malas nak beraksi, dia buat tak tahu je...

Ibu n ayah sayang kamu




Abang Halim, kakak Hajar dan adik Hawa

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin