Sunday, January 25, 2009

Ct Hawa dah mula melangkah



Tajuk entry ibu kali ni adik Hawa dah pandai berjalan tapi gambarnya ialah keadaan mendung diQatar, gara-gara ibu nak ambik gambar adik tapi adik pulak yang nak ambil gambar ibu. Adik Hawa ni memang pantang sikit tengok kamera mesti dia nak. Masa tu best-best duk praktis jalan nampak ibu pegang kamera terus je nak kamera sambil nangis-nangis. Lenkalilah ibu amik gambar adik boleh jalan, karang dah besar adik nak tengok camana gambar dia baru jalan.

Gambar ni ibu masa hari jumaat, pagi tu cuaca agak mendung (pertama dlm tahun ni dan 2008) ingatkan nak bawak gi jalan-jalan kat pantai sambil jogging dan main2, tapi nampak cam mendung je...eh! yea ke mendung? ibu cakap kat ayah '' bukan mendung tu berhabuk kot?'' mmm...dah pukul 8 takde matahari lagi ? camana nak gi corniche (pantai)?. Semua dah ready...oklah kita tunggu jap lagi, tunggu punya tunggu tetiba hujan pulak. Aikkk!!!! hujan???? eh dah lama tak hujan. Sepanjang tahun 2008 mana ada hujan. Ni hujan tahun baru ni. Rasalah jugak nak ambil gambar hujan tapi bateri kamera dah habis huhuhuh....tu ler gara-gara adik ler ni buat main. Rasanya kalau kat Malaysia abg ngan kakak ni mesti nak manti hujan tapi kat sini dia buat tak tahu aje hehhehe...maklumlah sejuk kalu tak mau jadi cam itik kat rumah tokma.

Gambar dari diambil dari dapur cute ibu (Doha, Qatar)

Sekian, salam sayang dari ibu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin