Wednesday, January 21, 2009

Baju tidur putih




Kalau sorang pakai baju tido ni mesti ibu suruh semua sekali pakai sebab ibu suka sangat tengok anak-anak ibu ni pakai baju putih. Tapi abang halim ni tak sporting sungguh ibu nak suruh posing ngan adik2 tak mahu pulak dia...duk sibuk melayan game dia je, ibu tak nak kawanlah dengan abang halim. Tapi kalau kakak ngan adik memang sakan ler kalau nampak ibu pegang kamera nak-nak si adik hawa dia memang dah tahu dan faham sangat dah, jadi apa lagi senyum je memanjang. Bila dah upload dalam komputer ibu tunjuk aje tersengih-sengih dengan gigi 2 batangnya tu.


Pada saat ini adik Hawa dah pandai berdiri sambil lepas tangan, sikit-sikit lagi boleh ler tu berjalan. InsyaAllah, ibu memang tak sabar nak tunggu adik Hawa berjalan, nanti ibu nak bawa adik Hawa berlari-lari kat corniche (pantai)...mesti best, banyak padang rumput kalau jatuh tak sakit. Cepat-cepat jalan yea sayang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin