Wednesday, December 30, 2009

Nak tengok pets!!!!!


Nak nok pet...nak nok fish..nak nok cat...nak nok ter (hamster)...nak nok bird....
Itulah Ct Hawa yang tak sabar nak jalan-jalan kat Souq Wakif, dia nak tengok semua binatang tu. Kalu ke souq tu pasti nak jenguk pets tu, nak ajak balik mesti menangis, pastu dalam kete duk ulang nak nok...nak nok (nak tengok bla-bla, semua dia akan sebut)

Sekarang ni musim sejuk tapi tak berapa sejuk, jadi memang best untuk bersantai makan-makan ditempat terbuka. Orang lain sibuk makan Ct Hawa sibuk nak merayau...ibu dan ayah kena gilir-gilir makan.

Ibu suruh duduk dekat sikit lagi...takut pulak abang Halim


Nak tengok sangat tapi tak lepas tangan ibu.

Kelakar betullah Siti Hawa ni, ibu suka betul tengok..sungguh terhibur rasanya tengok anak ibu cakap.

Monday, December 21, 2009

Sambil tunggu bas kami...

Setelah sekian lama tak update...hari tetiba ibu rajin pulak. Memang lama benar rasanya tak bercerita tentang anak2 ibu ini.


Kini ibu sedang hamil anak yang ke-4 lelaki atau perempuan masih menjadi tanda tanya...saja nak buat suprise. InsyaAllah jangkaan bersalin 9 feb hampir sama dengan tarikh lahir Abang Halim 9 mac. Tak lama lagi iaitu 20 jan Tokma ngan Cik Ain akan datang ke Qatar tolong tengok2kan Halim, Hajar dan Hawa sementara ibu masih belum sihat. Kini dah masuk 8 bulan dah tak lama lagi bertambah lagi ahli keluarga kita. Diharapkan agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Pada masa ini Abang Halim 7 tahun, kakak Hajar 6 tahun dan adik Hawa 2 tahun.


Gambar ini ibu rakamkan dimusim sejuk tahun 2009 diQatar






Sempat posing sebelum bas datang, buat kenangan kamu adik beradik. Masa ini adik Hawa demam dan selsema, adik Hawa memang jarang demam tapi kali ini terkena demam dan selsema yang agak lama.







Diantara gambar-gambar adik Hawa yang sempat ibu rakam setelah abang dan kakak berangkat kesekolah.

Tuesday, June 23, 2009

Sebelum Majlis Potong Kek Siti Hajar - Part 2


Siti Hawa tersenyum di Majlis Hari Jadi kakak. Memakai gaun yang di hadiahkan oleh Auntie Shima dan di touch up sedikit oleh ibu kami dengan mengenakan sedikit sulam benang dan tampalan kristal.

Senyuman malu-malu oleh Siti Hajar. Tak nak pandang kamera.



Sedang menyusun coklat2 yang dihadiahkan oleh Auntie Baiza. Terima kasih banyak2 auntie. Sebelah kanan itu Yani dan kiri itu Tippy, anak Auntie Baiza.

Inilah Siti Hajat bergambar dengan adik kesayangan, Siti Hawa. Mana dia abang kesayangan????? mmmm...kalau dah jumpa kawan jangan haraplah.


Bergambar bersama Tippy.

Friday, June 19, 2009

Majlis Harijadi Siti Hajar - Part 1




Ini adalah kek harijadi Siti Hajar sempena ulang tahun yang ke-6.


Sebelum acara potong kek.



Selepas ayah membaca doa selamat dan menyanyikan lagu happy birthday, Hajar pun potong kek tanpa meniup lilin terlebih dahulu, ibu pun terlupa kes gabra ni. Ibu cakap macam nak nikahkan Hajar je gabranya.



Lepas potong kek ibu suapkan kek untuk Hajar tapi tak sempat dirakamkan.


Friday, June 5, 2009

Persiapan Majlis Hari Jadi


Hari ni (jumaat 5/6 - majlis sambutan harijadi Siti Hajar yg ke-6) Hajar bangun awal pagi sebab nak tolong ibu buat kuih untuk Majlis hari jadi Hajar malam nanti. Hajar dah 6 tahun sekarang ni, mesti tolong ibu. Hajar memang suka kerja-kerja ibu...memang suka sangat kalau ibu suruh tolong tapi mesti pilihlah...tak semua kerja tau ibu? kerja-kerja itu mesti fun contohnya kupas carrot ni. Best tau kupas carrot sampai carrot yang mula gemuk jadi slim kena kerjakan dek Hajar. Ibu cakap habis ler carrot tu...mesti tak cukup.

Hahahah...ibu cakap tak cukup, mmmmm...apa lagi tambahlah lagi, Hajar memang suka tolong ibu.

Dah siap kupas Hajar tolong ibu parut pulak, mulanya ibu tak kasi takut kena tangan. Tapi don't worry ibu i can do it. Tengok tu berhasilkan? ibu..ibu.. boleh Hajar tolong lagi? Hajar nak potong kobis tu...ibu cakap no way!!!!.


Tak apalah tak boleh sudahlah, apa lagi nak tolong ibu? tolong kacau ni, tepung coklat kek segera, hurayyy!!!! nak melompat punyalah happy. Bangga betul ibu suruh kacau kek.

Kuih tepung kapur ni memang menjadi kegemaran Hajar dan Abg Halim, kat tepi rumah tokma ada sorang nenek jual kuih ni...selalulah kami beli pagi-pagi. Bawa duit 50 sen dan dapat 2 bungkus. Kalau bawa duit RM1 kami dapat 5 bungkus....isk..isk murah betul.

Antara kuih-muih yang ibu buat untuk dibawakan ke Restoran Seri Kebaya


Tuesday, June 2, 2009

Main Masak-masak

Pau Kacang Merah kegemaran kami, daging/ ayam kami tak mau

Kuih Serimuka kegemaran kami, makan atas pulut buang

Bubur Sum sum kegemaran Hajar, Halim tak minat

Kek Marble pandan tak sempat nak potong...


Nasi lemak

Ayaammm goreng..mmm kami tak boleh tengok

Timun dengan telur Siti Hawa suka

Sambal bilis, jangan pedas tau!!!

Dah lama ayah dan ibu tak panggil kawan2 datang rumah makan-makan. Kebetulan ada kawan ayah ditempat kerja lama dulu datang kerja kat Qatar ni jadi mereka dijemput kerumah kami. Kami boleh main-main dengan anak2 kawan2 ayah juga...ayah dan ibu ada kawan, kami pun ada kawan. Kawan kami sini ramai...time makan-makan macam ni je nak main lebih sikit.

Tuesday, May 26, 2009

Happy Birthday to Siti Hajar

Siti Hajar, Siti Hawa dan Su Yen (langkawi 2007)
Hari ini adalah hari jadi Hajar
Selamat Hari Jadi ke-6
Ibu n ayah belum beli hadiah lagi
Ada beberapa barang yang Hajar minta sebagai hadiah
tapi ibu dan ayah nak bagi Hajar pilih sendiri sebab nanti takut tak berkenan
Kami sekeluarga tahu...bahawa Hajar memang cerewet
jadi ibu dan ayah tak mahu ambil risiko

Sunday, May 17, 2009

Suka Keropok

Hawa ni suka sangat makan keropok, anak ayahlah katakan. Hanya beberapa bulan je lagi nak balik Malaysia boleh makan lebih sikit kalau tak...tak boleh tau!!!! ibu cakap simpan stok.

Tengok tu siap main tarik-tarik lagi dengan ibu, gigi Hawa ni baru ada 6 batang rasanya belum kuat nak kunyah keropok tu, jadi ibu kena tolong carikan yang nipis aje supaya senang cair dalam mulut.

Sebenarnya bukan Hawa sorang aje yang suka keropok Abang Halim pun tapi kalau Ayah toksah cakaplah.

Pesanan ni di tujukan khas buat ibu...bila balik Malaysia tu keropok kena bawa lebih banyak sebab permintaan keropok kat rumah kita ni semakin meningkat.

Siti Hawa

Saturday, May 9, 2009

My Best Friend

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...Harini
Happy Bithhday to you...

Harini is my best friend...we are on the same class in Cambrigde School, she is a Sri Lanka girls and i'm a Malaysian girl, look at us...almost same right?

There are good chemistries between us, we always kena marah in the class because so much banyak cakap. Kira pantang jumpalah, our parents so..so terkejut tengok kami when we're get together.


I love you so much Harini, next year i hope we can together again and again and again in the same class!!!!!!.

Wednesday, May 6, 2009

Ayam Goreng Upin dan Ipin

Kami ni suka makan ayam goreng kiranya macam Upin dan Ipin. Kalu tengok cerita Upin dan Ipin mesti terliur ayam goreng. Hari ini kami request dengan ibu

Halim : ibu..ibu boleh tak one day nak jadi macam Upin dan Ipin?
Ibu : kenapa nak jadi Upin & Ipin pulak?
Hajar : sebab Upin dan Ipin selalu makan ciken tak makan nasi...
Halim : Eh!!! Upin & Ipin makan nasi... tapi makan nasi dulu lepas tu baru makan ciken.
Ibu : mana boleh tak makan nasi nanti tak besar
Halim n Hajar : ibuuuu..please.....one day ni aje
Ibu : ok boleh..boleh..boleh... (macam upin & ipin)

Tuesday, May 5, 2009

Kedai Abaya







Ibu kini dah berangan nak jual abaya, tiap kali ke kedai abaya mesti ambil gambar...ibu kami berangan nak jadi tokey abaya nak jual kat Malaysia bila kami balik nanti. Tapi kami balik hanya untuk bercuti jadi ibu kena cari orang untuk jadi pengedarnya nanti.

Ibu dah ada kawan yang sanggup nak tolong jaga abaya-abaya ibu nanti dan ibu juga bercadang akan adakan satu blog nak niagakan abaya dari Qatar.

Gambar-gambar kat atas hanyalah gambar kat kedai.

Sunday, May 3, 2009

Abaya Ct Hawa

Masuk je dalam kereta terus ambil gambar abaya Hawa, Hawa tidur masa tu. Kalu tak dalam kedai lagi Hawa pakai baju ni.
Dah dekat sampai rumah, Hawa terjaga. Ibu pakaikan abaya kat Hawa, cantik tak? Nak keluar lagi ni.... Ayah naik sembahyang Maghrib dulu. Pasni Hawa gi jalan-jalan pakai abaya.
Lepas ayah solat, ibu pulak. Ni kami posing kat lobby sambil tunggu ibu. Ibu janji nak letak gambar abaya kat kedai kan? tunggu di entry lagi satulah yea...

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin