Thursday, November 25, 2010

Saje...saje

Dah tahu dah...Cik Ain mesti duk usha-usha blog kami ni, saja nak pekena sket biar Cik Ain terliur hehehheh....

Telur masin yang ibu buat, amacam jadi ke tak? 
cepat2 panggil Tok Ma, kasi Tok Ma tengok anak Tok Ma pun pandai wat telur masin (^_^)

Ni nama dia kuih cek mek molek
Cik Ain dah terliur ler tu hahahhah...comel kan?
Nampak gaya Cik Ain kena buat sendirilah yea....

Himpunan sarapan pagi kami...
Roti telur untuk ayah...
Jemput pisang untuk kakak Hajar...
Karipap daging untuk abg Halim...
selera lain2...adoiiiiiiii


Sira labu hehehhehe...saja-saja dan suka-suka nak cuba
alhamdulillah jadi...
tak ble makan banyak2 tau....sakit urat nanti hehehhe....

Oklah sekian, sementara cik Ain duk bercuti lagi dan masih di rumah Tok Ma...kami update selalu insyaAllah.
Bolehlah tunjuk-tunjuk kat Tok Ma sekali.
Salam sayang dari kami muaahhhhh...
Bye.

Sunday, November 21, 2010

Gambar terbaru Hafsah

Ramai yang rindukan kami, Cik Ain cakap Cik Ra ngan Su yen rindu juga...oklah ini ada sikit gambar Hafsah ngan Hawa.

Siapa yang pakaikan Hafsah tudung ni pun ibu dah tak ingat...Kak Hajar kot. Gambar pun ambik kelam kabut je sebab Hafsah dah nak jatuh katil hehehhehe....



Hafsah suka ala-ala posing nak terjun katil, sib baik kakak Hawa ada kat sebelah.

Say 'cheese' kakak Hawa cakap.

Sekian untuk tatapan semua.

Friday, October 1, 2010

Cerita Rindu

Hari ni adalah ke tiga kami berada di Qatar, setelah 3 bulan bercuti rasanya seperti kami tak pernah berada dibumi ini...sehingga kaki kami menjejaki airport Doha, lupus terus ingatan kami terhadap Doha.

Hati nak berangkat sungguh sayu dan sedih untuk meniggal saat2 gembira kami bersama orang tersayang di kampugn. Apakan daya kami hidup harus diteruskan...ayah harus teruskan usaha mencari rezeki dan kami pula terus berjuang mencari ilmu. Ya Allah berkati hidup kami ini.

Salam sayang buat keluarga di Malaysia. We miss you all.

Kenangan bersama Cik Ra, mandi manda di Awana kijal.
Terima kasih Ra kenangan sudi melayan kerenah kami.
Sayang Cik Ra.

Tuesday, September 7, 2010

KENANGAN RAYA 2007







Amalan sunat dihari lebaran



Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut kedatangan Hari Raya, kita jangan lupa melakukan perkara-perkara yang sunat sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam, antaranya:
1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samada secara hisab atau rukyah).

2. Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.

3. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.

4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.

5. Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.

6. Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:

"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

7. Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :

Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.

Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di akhirat."

--
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 9: 41)

Thursday, September 2, 2010

Siti Hawa




Gambar yang di ambil dari hp Cik Ni, gambar ni ibu simpan dlm blog ni yea...nanti Siti Hawa boleh tengok.
Masa ni Siti Hawa berumur 2 tahun 8 bulan.
Masa ni kita balik bercuti di Malaysia selama 3 bulan, masa ni kita sekeluarga menetap di Qatar.
Siti Hawa jeling kat sapa tu?

Wednesday, August 11, 2010

Kami berpuasa

Hari ni dah hari ke-2 abg Halim dan kakak Hajar berpuasa...
Kami ok je, takde masalah, semalam giliran abang nak makan nasi ayam...
hari ni giliran kakak hajar pula makan mee sup..
oklah, hari ni ibu masak mee sup...
tapi  kena ada nasi juga, nampak gaya kena buat 2 menu lah hari ni...
memandangkan abang Halim yang selalu nak makan ayam, maka ibu buat tomyam dan ayam gorenglah hari ini..

Saturday, July 31, 2010

Kami mula mengaji di siang hari.

Kami nak bagi tahu ayah ni,
hari ini kami mula mengaji di siang hari, memandang bulan Ramadhan bakal tiba...
maka ustazah dah tukar waktu mengaji, jadi sepanjang bulan puasa nanti kami tidak mangaji disiang malam hari lagi.
Hari ini mungkin ibu yang hantar kami, nanti bila ayah balik ke sini bolehlah ayah yang hantar yea.
Jap yea kami nak cari gambar kami supaya ayah boleh lihat kami...


Cari punya cari ada satu ni yg masih agak gambar terbaru, gambar semasa berada dirumah Siti...ayah ingat tak? masa tu ayah masih bercuti bersama-sama. 

Abang Halim ajar adik Hafsah baca buku...kakak Hajar tolong bacakan...manakala kakak Hawa pula main telefon...duk telefon sapalah tu yea.

Oklah ayah...
Salam sayang dari kami semua.

Tuesday, July 27, 2010

Main Pantai

Memang dah lama tak update blog kami ni.
Ibu memang tak sempat sangat buat masa sekarang ni, disebab adik Hafsah tak berapa sihat.
Malam ini ibu gagahkan juga supaya ayah yang berjauhan dari kami dapat melepaskan rindu pada kami.

Lihatlah ayah, ibu bawa kami pergi main pantai...
seronok sangat, tapi masa tu ayah takde.
Ayah pulang sekejap je hantar kitaorg, lepas tu ayah terpaksa balik Qatar sebab ada kerja yang perlu dibereskan.
Buat tatapan ayah yg berada di Sharjah (site visit)...saksikan kami main pantai.


Tengoklah Abang Halim yang makin gemuk.
Hawa pula mula-mula excited sangat nak mandi...
bila ombak datang dia cakap ''Kakak Hawa tak nak yang macam ni...Kakak Hawa nak swimming pool''.
dah habis cakap macam tu dah mula menangis takmau duduk atau main2 lagi.
Nasib baik ada Cik Ra yang melayan.
Ibu tak boleh tolong sebab dukungkan Adik Hafsah aje.
Bila dah lama baru ok...baru nak mula main semula.
Alhamdulillah lega.


Kakak Hajar pura-pura tidur.
Tapi kami tak boleh main lama sangat...lepas maghrib ada kelas fardi ain.
Lepas main, balik mandi2 lepas tu Abang Halim tertidur kepenatan,
Masa nak pergi mengaji nak menagis pulak dah...adoi
Tapi alhamdulillah kids pergi juga.

Seronok main nak ajak balik memasing nak nangis.


Siti Hajar Si mermaid

Oklah ayah...setakat ini dulu yea.
Ibu rasa mengantuk sangat. Dah jam 12.30 malam.
Salam sayang dari kami.
Ayah jaga diri tau.
Miss you and love you so much.





Wednesday, June 23, 2010

Cuti-cuti Malaysia 2010

Eh! dah masuk banyak bulan baru nak update...apalah ibu kami ni.
Dah banyak betul cerita kami yang ibu tak ceritakan, sayang kalau detik2 indah itu berlalu begitu aje.
Esok 24 jun kami nak balik Malaysia, masa ni ayah masih lagi bekerja diQatar. Gembira tak terkata rasanya nak balik kali ni. Apatah lagi nak bawa balik adik baru kami Siti Hafsah.

Ramai yang tak sabar nak dukung nak cium dan nak usik2 Siti Hafsah, tapi masa ni Siti Hafsah agak kurang ceria kerana eczema yg dihadapinya agak serius, ibu dan ayah selalu bawa ke klinik tapi entahlah, masih macam tu juga. Sehari sebelum balik kampung pun pergi lagi ke klinik sebab doc cakap nak tengok dulu apa kesan ubat yg diberikan minggu lepas.

SaMBUGNLAH NNT YEA...IBU KAMI NGANTUK.

Saturday, April 24, 2010

Siti Hafsah 2 bulan

Bergambar selepas mandi...kini sudah pandai tersenyum.

Wednesday, March 31, 2010

Thursday, February 25, 2010

Siti Hafsah Namanya



Inilah adalah gambar Siti Hafsah semasa berumur 7 hari, ayah, ibu dan Cik Ain bawa Siti Hafsah ke kedai gambar sebab nak bergambar untuk passport. Kena cepat-cepat siapkan passport kalu tak nanti tak boleh keluar Qatar. Bulan 6 nanti kita sama-sama balik bercuti ke Malaysia selama 3 bulan.

Tak sabar nak bawa Siti Hafsah ke Malaysia, nak tunjukkan pada saudara-mara kita kat sana. Buat masa sekarang ni Tokma ngan Cik Ain masih ada kat rumah kita, tolong ibu sementara ibu masih dalam pantang, 19 mac 2010 Tokma ngan Cik Ain akan pulang ke Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin