Tuesday, January 20, 2009

Muffin Coklat



Muffin ni merupakan makanan kegemaran kamu semua ibu letak resepi kat sini senang manalah tahukan kot2 nak buat sendiri nanti senang. Resepi ni ibu ambil dari myresepi.com

Muffin Coklat

Resepi : Yani

Bahan-bahan

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara-cara
1.Antara bahan-bahan yang diperlukan
2.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5.Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8.Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula

  • Tip dari ibu : kalau takut berisiko muffin terlembek lebihkan sedikit tepung

Cerita disebalik muffin

Abg Halim selalu suruh ibu buat muffin tapi ibu tak berapa nak buat sebab macam leceh je, abg halim ni duk kemaruk nak makan muffin sebab duk tengok cerita kartun dexter apa taknya muffin kartun lukis gemuk2 sapa tak geram ibu pun rasa nak makan. Bila abg halim dah tak kuasa nak suruh ibu lagi, ibu pulak rajin nak buat...ibu pun try ler cari kat myresepi (port ibu ler tuh hehhe) hah!!! jumpa muffin yang senang tuan punya cakap senang tak payah pukul sampai kembang oiii...apa lagi bolehlah ni (tak payah nak pakai mixer lalalla...malas nak cuci sebenarnya) kacau punya kacau maka jadik ler muffin. Dapat tak banyak hanya 9 biji,punya ler suka abg halim dan kakak hajar... dah habis mintak lagi. Alamak cooking coklat dah habislah sayang nanti ibu listkan cooking adalah senarai teratas grocery ibu minggu ni. Nak makan muffin lagi yea? InsyaAllah ibu buat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin