Monday, March 23, 2009

Birthday Party Halim - Dekorasi dan kek Halim


Tengok diaorang letak nama Halim tapi setakat bin aje, nama ayah tak letak..kat sini memang camtu, kalau yang perempuan setakat binti aje. Tapi itulah kalu tahu awal2 nak buh nama camtu boleh pesan awal2 jangan letak bin kan? letak aje Abdul Halim.


Hiasan yang menarik Halim suka, ada banyak belon.


Dihiasi dengan kebaya nyonya, sesuai dengan nama Restoran Sri Kebaya. Ditingkat bawah ada satu lagi kebaya berwarna hijau cantik...ibu Halim duk berangan ler tu. Tapi setakat berangan je lah ibu yea? Halim rasa dan agak-agak bukan saiz ibu tuuuu...


Ni adalah kek Halim, sebenarnya Halim nak kek Spiderman..ibu ke Kedai Kek Battel harga keknya QR 200 tapi diaorg tak pandai nak lukis spiderman hanya letakkan toy spiderman aje camtu tak cantik dahlah mahal kalu nak cucuk toy kat atas kek baik ibu Halim buat tu ibu Halim yang cakap hehhe... eksyen aje ibu Halim tu,Ibu cakap apa susah buat kek, sapu icing pastu amik toy Halim letak atas kek hahhha...(ada ke patut ibu nak buat camtu). Masa pergi booking restoran tu, ibu tanya auncle tu boleh tak buatkan kek sekali masa majlis tu nanti, buatkan kek spiderman diaorg cakap boleh. Pastu tanya harga berapa terkejut gak ibu Halim hanya QR70 aik murahnya...oklah buatkan kek sekali. Pastu keesokkan harinya auncle tu telepon ibu dia cakap tak pandai nak lukis spiderman huhuhuukkk...nape diaorg semua tak pandai nak lukis spiderman????? mesti tak tengok kartun ni...tapi tak apalah disebabkan kek tu murah dari kedai kek hari tu kira oklah, janji ada kek.

Oklah dulu setakat ni, sebenarnya minggu ni Halim ada exam untuk 2nd term, doakan Halim berjaya dan cemerlang untuk semua subjek yea?

Ni jadual exam Halim.

22 march 2009 : English
23 march 2009 : Mathematic and Social Studies
24 march 2009 : Arabic
25 march 2009 : Science
26 march 2009 : Islamic Studies

Disebabkan exam inilah Halim tak puas nak main dengan hadiah-hadiah yang Halim dapat, tapi takpe hanya tinggal 2 hari je lagi....pastu yahooooo Halim enjoy.

Tunggu yea di entry seterusnya...Acara potong kek

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin