Saturday, April 18, 2009

Abaya Lagi...

Ni satu lagi abaya Hajar, yang ni ibu buatkan khas untuk birthday party Hajar tak lama lagi. Hajar suka pakai abaya ni sebab bila goyang-goyang badan ada bunyi!!!!.

Lagi satu jimat, tak payah pakai gelang tangan dan rantai dah...

Ibu tak lagi confuse sebab Auntie Nor cakap orang jahit manik ikut kain ler...kalu tak jenuh ler nak tukor2 benang. Ye tak ye kan??????

Abaya Hajar

Hi! Auntie Nor...mari sini tengok ni. Manik untuk abaya Hajar dah siap setelah ibu bertungkus-lumus nak menyiapkannya. Cantik tak? ibu dah terkena serpihan-serpihan skill Auntie Nor, sekarang ni ibu pun dah pandai jahit manik. Selepas siap yang ni ada satu lagi menanti....tunggu yea nanti Hajar tunjuk lagi.
Manik tabur kat tangan baju. Ibu confius nak jahit benang ikut baju ke ikut benang?????

Nak buku...nak buku

Abang Halim dan kakak Hajar ada buku, Hawa pun juga buku kalau selalu ambil buku abang dan kakak nanti kena marah sebab Hawa suka koyakkan buku. Selalu kena marah kesian kat Hawa kan? sedih Hawa...Hawa promise kalau dapat buku Hawa tak nak koyakkan tapi dengan satu syarat kena beli yang heavy duty sikit sebab takuuuttt.... terkoyak tanpa niat.

Hari ni Hawa dah dapat buku, jangan lupa nanti belikan lagi buku untuk Hawa. Hawa nak selalu baca buku biar Hawa jadi cepat pandai. Jangan lupanya? belikan lagi buku untuk Hawa.

Tuesday, April 14, 2009

Ibu..ibu kenapa malas?

Ibu kami sebenarnya bukan malas, tapi ibu kami tak sempat nak update blog kami selalu...sebenarnya ibu kami ni buat bisnes kecil-kecillan kat Qatar ni, ibu buat bisnes 'frozen foods' setelah 6 bulan kami datang kesini. Masa datang kesini ibu belajar buat kuih sendiri sebab mana nak cari kuih-kuih untuk kami, ibu cuba dan terus cuba yang kena buang tak payah cerita sebab kami tak mau makan kuih yang tak jadi. Akhirnya ibu dah pandai, dalam pada itu banyak jugak jemputan oleh kawan-kawan ibu dan ayah ibu pun bawak lah kuih yang ibu buat...mmm diaorang cakap sedap jadi bermula dari situlah ibu pun bercita-cita nak buka bisness. Permintaan alhamdulillah tapi ibu lebih dahulukan kami dan ibu tak dapat nak tumpukan untuk bisnes sepenuhnya. Tambah-tambah lagi sekarang ni ada Siti Hawa, tapi Siti Hawa baik takde nak kacau ibu, sikit-sikit tu adalah.

Wednesday, April 8, 2009

Siti Hawa Meragam

Ni gambar minggu lepas balik dari rumah Auntie Rini, dia ajak kitaorg datang rumah dia. Lepas Hawa dah balik tu kan...Hawa rasa macam nak mengamuk je entah kenapa. Rasa nak nangis je...Hawa pun nangis je ibu dah malas nak layan Hawa ibu tanya nak susu ke? geleng geleng, nak mandi? geleng geleng, nak makan? geleng geleng, ibu pening...tapikan sebenarnya Hawa tak faham pun apa yang ibu tanya tu. Memang semua benda Hawa geleng tapi ibu tahu apa yang Hawa nak. Ibu pergi dapur buat air milo, ibu ambil roti pastu ibu angkat Hawa letak atas meja. Tapi ibu tak suap Hawa, ibu suap ibu je. Hawa tengok ajelah...pastu ibu kasi roti kat Hawa, Hawa pun cicah air milo tu pastu Hawa makan. Ibu cakap ikut sukalah nak buat apa pun asalkan Hawa bahagia hehehheh....hohohoh apa lagi Hawa bukan nak makan sebenarnya sebab dah kenyang Hawa nak main aje huray ibu tak marah. Main celup-celup roti pastu celup tangan. Pas Hawa dah ok ibu pergi amik kamera tangkap gambar Hawa yang senonoh itu...saja je ibu nak kena Hawa tu....malu Hawa bila besar nanti tau!!!!


Ni konon-kononnya cara-cara makan buah oren dengan cara betul untuk kanak-kanak yang belum tumbuh gigi macam Hawa ni. Gigi Hawa ni agak lambat tumbuh umur sekarang setahun 3 bulan tapi gigi masih juga 2, jadi kalau orang takde gigi macam Hawa ni kena makan oren cicah air milo nak kasi lembut sikit. Eh!!!! betul ke ?

Friday, April 3, 2009

Nasi Minyak Oh Nasi Minyak

Bangun pagi kami perasan ada bau ler...bau yang amat sedap mmm...ibu buat nasi minyak yea..yea.. kami ni memang suka makan nasi minyak apatah lagi kalau ibu buat lauk ayam madu umphh!!! memang kami makan sungguh-sungguh. Tapi pagi ni ibu buat lauk kari aje sebab ibu cakap kalau ayam madu nak kena goreng dulu ayam tu, hari ni ibu tak berapa nak rajin nak menggoreng sebab ibu malas nak lap dapur sebenarnya sebab tengahari nanti Auntie Fiza ajak pergi rumah baru dia ada makan-makan sebab Auntie Fiza nak pergi umrah. Boleh kami main dengan Ibrahim dan Ilyas serta beberapa kawan yang lain. Hari minggu yang menyeronokan kami.

Minggu ni asyik hujan je jadi pagi-pagi kami duk rumah ajelah tak tahu mana nak pergi...kami makan nasi minyak lepas tu main-main itu aje. Zaki dengan Alia datang main kat rumah kitaorang. Halim main game GTA dan Hajar ngan Alia sekolah-sekolah, konon-konon Hajar jadi cikgu Alia jadi anak murid. Hajar ni sebenarnya suka sangat tiru gaya cikgu dia, pakai kasut high heel pastu galas handbag dengan file pastu jalan gedik-gedik isk..isk Hajar ni nak jadi cikgu gedik konon.

Oklah entry ni akan dilabelkan sebagai makanan kegemaran kami yea? ingat tu nasi minyak adalah makanan kegemaran kami tau!!!!!.

Wednesday, April 1, 2009

Birthday Party Halim - Halim dan hadiah

Masa ni Halim tunggu ayah, sementara tu Halim sempat posing dulu kat depan restoran tu. Halim dapat banyak hadiah...suka sangat. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi bagi hadiah kat Halim dan terima kasih juga buat ayah dan ibu sebab memenuhi permintaan Halim nak sambut birthday dengan kawan-kawan kat Qatar ni.


Permandangan sekitar sebelum Halim meninggal kawasan restoran ni, nampak tak diaorg tengah hisap shisha tu, camana rasanya yer? tak kira lelaki mahupun perempuan tapi ibu tak ayah tak nak cuba. Sambil2 minum sambil borak mmm... macam hisap rokok ke?


Dah sampai rumah..sebelum tidur Halim posing dulu dengan hadiah-hadiah. Tak sempat main semua sebab dah lewat malam. Halim kena tidur dulu.

Sekian cerita Halim.
Happy birthday to me : 9 mac 2009
My birthday party : 20 mac 2009

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin