Showing posts with label Cerita tentang Hajar. Show all posts
Showing posts with label Cerita tentang Hajar. Show all posts

Monday, December 21, 2009

Sambil tunggu bas kami...

Setelah sekian lama tak update...hari tetiba ibu rajin pulak. Memang lama benar rasanya tak bercerita tentang anak2 ibu ini.


Kini ibu sedang hamil anak yang ke-4 lelaki atau perempuan masih menjadi tanda tanya...saja nak buat suprise. InsyaAllah jangkaan bersalin 9 feb hampir sama dengan tarikh lahir Abang Halim 9 mac. Tak lama lagi iaitu 20 jan Tokma ngan Cik Ain akan datang ke Qatar tolong tengok2kan Halim, Hajar dan Hawa sementara ibu masih belum sihat. Kini dah masuk 8 bulan dah tak lama lagi bertambah lagi ahli keluarga kita. Diharapkan agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Pada masa ini Abang Halim 7 tahun, kakak Hajar 6 tahun dan adik Hawa 2 tahun.


Gambar ini ibu rakamkan dimusim sejuk tahun 2009 diQatar






Sempat posing sebelum bas datang, buat kenangan kamu adik beradik. Masa ini adik Hawa demam dan selsema, adik Hawa memang jarang demam tapi kali ini terkena demam dan selsema yang agak lama.







Diantara gambar-gambar adik Hawa yang sempat ibu rakam setelah abang dan kakak berangkat kesekolah.

Tuesday, June 23, 2009

Sebelum Majlis Potong Kek Siti Hajar - Part 2


Siti Hawa tersenyum di Majlis Hari Jadi kakak. Memakai gaun yang di hadiahkan oleh Auntie Shima dan di touch up sedikit oleh ibu kami dengan mengenakan sedikit sulam benang dan tampalan kristal.

Senyuman malu-malu oleh Siti Hajar. Tak nak pandang kamera.



Sedang menyusun coklat2 yang dihadiahkan oleh Auntie Baiza. Terima kasih banyak2 auntie. Sebelah kanan itu Yani dan kiri itu Tippy, anak Auntie Baiza.

Inilah Siti Hajat bergambar dengan adik kesayangan, Siti Hawa. Mana dia abang kesayangan????? mmmm...kalau dah jumpa kawan jangan haraplah.


Bergambar bersama Tippy.

Friday, June 19, 2009

Majlis Harijadi Siti Hajar - Part 1




Ini adalah kek harijadi Siti Hajar sempena ulang tahun yang ke-6.


Sebelum acara potong kek.



Selepas ayah membaca doa selamat dan menyanyikan lagu happy birthday, Hajar pun potong kek tanpa meniup lilin terlebih dahulu, ibu pun terlupa kes gabra ni. Ibu cakap macam nak nikahkan Hajar je gabranya.



Lepas potong kek ibu suapkan kek untuk Hajar tapi tak sempat dirakamkan.


Friday, June 5, 2009

Persiapan Majlis Hari Jadi


Hari ni (jumaat 5/6 - majlis sambutan harijadi Siti Hajar yg ke-6) Hajar bangun awal pagi sebab nak tolong ibu buat kuih untuk Majlis hari jadi Hajar malam nanti. Hajar dah 6 tahun sekarang ni, mesti tolong ibu. Hajar memang suka kerja-kerja ibu...memang suka sangat kalau ibu suruh tolong tapi mesti pilihlah...tak semua kerja tau ibu? kerja-kerja itu mesti fun contohnya kupas carrot ni. Best tau kupas carrot sampai carrot yang mula gemuk jadi slim kena kerjakan dek Hajar. Ibu cakap habis ler carrot tu...mesti tak cukup.

Hahahah...ibu cakap tak cukup, mmmmm...apa lagi tambahlah lagi, Hajar memang suka tolong ibu.

Dah siap kupas Hajar tolong ibu parut pulak, mulanya ibu tak kasi takut kena tangan. Tapi don't worry ibu i can do it. Tengok tu berhasilkan? ibu..ibu.. boleh Hajar tolong lagi? Hajar nak potong kobis tu...ibu cakap no way!!!!.


Tak apalah tak boleh sudahlah, apa lagi nak tolong ibu? tolong kacau ni, tepung coklat kek segera, hurayyy!!!! nak melompat punyalah happy. Bangga betul ibu suruh kacau kek.

Kuih tepung kapur ni memang menjadi kegemaran Hajar dan Abg Halim, kat tepi rumah tokma ada sorang nenek jual kuih ni...selalulah kami beli pagi-pagi. Bawa duit 50 sen dan dapat 2 bungkus. Kalau bawa duit RM1 kami dapat 5 bungkus....isk..isk murah betul.

Antara kuih-muih yang ibu buat untuk dibawakan ke Restoran Seri Kebaya


Tuesday, May 26, 2009

Happy Birthday to Siti Hajar

Siti Hajar, Siti Hawa dan Su Yen (langkawi 2007)
Hari ini adalah hari jadi Hajar
Selamat Hari Jadi ke-6
Ibu n ayah belum beli hadiah lagi
Ada beberapa barang yang Hajar minta sebagai hadiah
tapi ibu dan ayah nak bagi Hajar pilih sendiri sebab nanti takut tak berkenan
Kami sekeluarga tahu...bahawa Hajar memang cerewet
jadi ibu dan ayah tak mahu ambil risiko

Saturday, May 9, 2009

My Best Friend

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...Harini
Happy Bithhday to you...

Harini is my best friend...we are on the same class in Cambrigde School, she is a Sri Lanka girls and i'm a Malaysian girl, look at us...almost same right?

There are good chemistries between us, we always kena marah in the class because so much banyak cakap. Kira pantang jumpalah, our parents so..so terkejut tengok kami when we're get together.


I love you so much Harini, next year i hope we can together again and again and again in the same class!!!!!!.

Wednesday, May 6, 2009

Ayam Goreng Upin dan Ipin

Kami ni suka makan ayam goreng kiranya macam Upin dan Ipin. Kalu tengok cerita Upin dan Ipin mesti terliur ayam goreng. Hari ini kami request dengan ibu

Halim : ibu..ibu boleh tak one day nak jadi macam Upin dan Ipin?
Ibu : kenapa nak jadi Upin & Ipin pulak?
Hajar : sebab Upin dan Ipin selalu makan ciken tak makan nasi...
Halim : Eh!!! Upin & Ipin makan nasi... tapi makan nasi dulu lepas tu baru makan ciken.
Ibu : mana boleh tak makan nasi nanti tak besar
Halim n Hajar : ibuuuu..please.....one day ni aje
Ibu : ok boleh..boleh..boleh... (macam upin & ipin)

Saturday, May 2, 2009

Welcome Summer 2009

we're ready to school!!!

our sister tak mandi!!!!


my P.E Uniform
welcome summer!!!
dah mula panas dah, nak main-main kena awal pagi. Jam 9.00pg dah rasa macam cam 12 tghari
Sat lagi kulit kami yg tak berapa nak putih ni jadi semakin tak putih dah....
Tak sabar nak balik Malaysia, nak main kejar-kejar dengan ayam dan itik kat kampung...
tahun lepas adik kami tak boleh jalan, kini dah boleh berlari...
arnab sesat kat rumah tokma tu ada lagi ke?
kami nak bagi makan carrot...
kami nak berpuasa dan beraya di Malaysia...
ini adalah peluang yang jarang dapat...
cuti summer dan cuti raya sekaligus...

Saturday, April 18, 2009

Abaya Lagi...

Ni satu lagi abaya Hajar, yang ni ibu buatkan khas untuk birthday party Hajar tak lama lagi. Hajar suka pakai abaya ni sebab bila goyang-goyang badan ada bunyi!!!!.

Lagi satu jimat, tak payah pakai gelang tangan dan rantai dah...

Ibu tak lagi confuse sebab Auntie Nor cakap orang jahit manik ikut kain ler...kalu tak jenuh ler nak tukor2 benang. Ye tak ye kan??????

Abaya Hajar

Hi! Auntie Nor...mari sini tengok ni. Manik untuk abaya Hajar dah siap setelah ibu bertungkus-lumus nak menyiapkannya. Cantik tak? ibu dah terkena serpihan-serpihan skill Auntie Nor, sekarang ni ibu pun dah pandai jahit manik. Selepas siap yang ni ada satu lagi menanti....tunggu yea nanti Hajar tunjuk lagi.
Manik tabur kat tangan baju. Ibu confius nak jahit benang ikut baju ke ikut benang?????

Wednesday, February 25, 2009

Like a princess....

Itulah kata ibu bila dah siap gunting rambut kakak, ibu..ibu kenapa kat sini pendek kat sini panjang? mmmm...princess memang camtu dik (masih lekat dengan gelaran adik) adik tengok tak dlm tv tu rambut dia ada pendek dan panjang. Cantiklah ibu sambil tengok cermin. Lega hati ibu, kakak oh..oh kakak yang sebenarnya itu ajelah yang ibu mampu buat, tu ler ibu suruh potong kat kedai tak nak, bila nak pergi sekolah punyalah susah nak sikat kusut kat hujung2 tu ler yang ibu geram nak potong nak kasi pendek teruskan ada yang menangis nanti, cukup ler setakat tu...

Masa ambil gambar ni sebenar tengah siap-siap nak kesekolah dengan pakaian P.E uniform nak main sukan. Masa balik dari sekolah tak sempat ibu tanya, kakak cakap teacher dia kata rambut dia nice macam princess aik? teacher pun cakap camtu hehehhe...pandai teacher pujuk hati kakak bukan main happy lagi dia. Tapi ibu tumpang bangga gak ler sebab kakak cakap kat teacher dia my mum cut my hair. Pasni ibu nak potong rambut sapa pulak yea?

Sunday, January 25, 2009

Kenangan di Kindergarten (KG2) - Cambrigde Scholl Qatar




Kenangan semasa Kakak Hajar di KG2, masa ni dah hari terakhir sekolah. Kakak masih ingat ke nama teacher2 kakak? Seingat ibu nama teacher kelas kakak (1st pic) Mrs. Rollien tapi arabic teacher tu ibu tak tahu dah lupa...ibu tanya kakak pun kakak pun dah tak ingat.

Sekian,
Salam sayang dari Ibu.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin