Tuesday, September 7, 2010
Tuesday, June 23, 2009
Sebelum Majlis Potong Kek Siti Hajar - Part 2
Siti Hawa tersenyum di Majlis Hari Jadi kakak. Memakai gaun yang di hadiahkan oleh Auntie Shima dan di touch up sedikit oleh ibu kami dengan mengenakan sedikit sulam benang dan tampalan kristal.
Sedang menyusun coklat2 yang dihadiahkan oleh Auntie Baiza. Terima kasih banyak2 auntie. Sebelah kanan itu Yani dan kiri itu Tippy, anak Auntie Baiza.
Friday, June 19, 2009
Majlis Harijadi Siti Hajar - Part 1
Friday, June 5, 2009
Persiapan Majlis Hari Jadi
Hari ni (jumaat 5/6 - majlis sambutan harijadi Siti Hajar yg ke-6) Hajar bangun awal pagi sebab nak tolong ibu buat kuih untuk Majlis hari jadi Hajar malam nanti. Hajar dah 6 tahun sekarang ni, mesti tolong ibu. Hajar memang suka kerja-kerja ibu...memang suka sangat kalau ibu suruh tolong tapi mesti pilihlah...tak semua kerja tau ibu? kerja-kerja itu mesti fun contohnya kupas carrot ni. Best tau kupas carrot sampai carrot yang mula gemuk jadi slim kena kerjakan dek Hajar. Ibu cakap habis ler carrot tu...mesti tak cukup.
Hahahah...ibu cakap tak cukup, mmmmm...apa lagi tambahlah lagi, Hajar memang suka tolong ibu.Dah siap kupas Hajar tolong ibu parut pulak, mulanya ibu tak kasi takut kena tangan. Tapi don't worry ibu i can do it. Tengok tu berhasilkan? ibu..ibu.. boleh Hajar tolong lagi? Hajar nak potong kobis tu...ibu cakap no way!!!!.
Tak apalah tak boleh sudahlah, apa lagi nak tolong ibu? tolong kacau ni, tepung coklat kek segera, hurayyy!!!! nak melompat punyalah happy. Bangga betul ibu suruh kacau kek.
Kuih tepung kapur ni memang menjadi kegemaran Hajar dan Abg Halim, kat tepi rumah tokma ada sorang nenek jual kuih ni...selalulah kami beli pagi-pagi. Bawa duit 50 sen dan dapat 2 bungkus. Kalau bawa duit RM1 kami dapat 5 bungkus....isk..isk murah betul.
Antara kuih-muih yang ibu buat untuk dibawakan ke Restoran Seri Kebaya
Wednesday, April 1, 2009
Birthday Party Halim - Halim dan hadiah
Sekian cerita Halim.
Happy birthday to me : 9 mac 2009
My birthday party : 20 mac 2009
Tuesday, March 31, 2009
Birthday Party Halim - Sat-sat Ada Yang Tercicir la!!!
Nampak gayanya cerita Halim masih belum habis, ingat dah nak posing dengan hadiah...tapi sebelum tu Halim nak cerita dululah pasal satu-satunya restoran Malaysia di Qatar ni. Banggakan? kat Qatar ada satu restoran Malaysia. Cantik pulak tu, macam-macam ada nasi lemak, sate, mee kari, nasi goreng, mee goreng kicap ,rendang, ABC, kuih-muih dan banyak lagi. Suka tengok kalau orang luar datang makan nasi lemak, makan kepok keping rasa cam entahlah nak cakap tapi terasa bangga dengan Malaysia. Restoran ni kepunyaan penuh rakyat Malaysia yang dulu pramugari Qatar Airways. Dengan ucapan agar terus suksess yea. Setiap malam Jumaat dan sabtu ada buffet direstoran ini, sesiapa yang terasa ingin menikmati makanan Malaysia bolehlah berkunjung.
Gambar ni diambil oleh ibu sebelum kami keluar, sekarang ni ditingkat bawah restoran, hiasan yang cantik dan banyak menjurus kepada peranakan baba dan nyonya.
Ok..ok, Halim lepas ni ada satu lagi je entry Halim posing dengan hadiah, dah takde dah yang tertinggal. My gurl-gurl dan marah mereka pun ada cerita jugak. Bilalah nak habis cerita abang ni!!!!!
Monday, March 30, 2009
Birthday Party Halim - Juadah
Sampai berjumpa lagi dientry akhir iaitu Halim bersama hadiah. bye.
Saturday, March 28, 2009
Birthday Party Halim - Bersama Kawan2
Ini adalah kawan Halim yang paling rapat, ni adalah adik Halim, namanya Siti Hajar. Siti Hajar ni agak berani orangnya...kalu nak ambil barang dalam bilik atau kat dapur Halim suruh Siti Hajar temankan, kalu nak ke bilik air pun Siti Hajar jugak yang jadi mangsa. Tapi tak apa Siti Hajar ni baik tapi ada juga mood dia. Halim sekarang ni dah masuk 7 tahun jadi Halim dah tak takut semua benda Halim buat sendiri je tak perlu ditemani lagi oleh Siti Hajat tapiiii...dengan satu syarat semua tempat perlu terang benderang.
Ini pulak nama dia Zaki, umur kami sama...sekolah sama tapi tak satu kelas, fardu ain sekelas dan naik bas yang sama apabila kesekolah. Sebenarnya kami berjiran...tiap2 petang kami bermain bersama. Siti Hajar pula main dengan adik Zaki, Alia.
Halim sebenarnya terlupa nak posing dengan semua kawan-kawan yang datang pada hari tersebut, jadi Halim letak gambar ni ajelah.
Halim dah habis exam fuhhh...lega. Sekolah seminggu je lagi pastu cuti. Seronoknya sebab boleh main-main tengok karton, main games, tidur lambat sikit dan tak perlu buat homework huraayyyyy....suka sangat. Tunggu yea...Halim rasa belum habis lagi cerita Halim ni....
Wednesday, March 25, 2009
Birthday Party Halim - Acara Potong Kek dan Doa Selamat
Sebelum acara potong kek bermula ayah bacakan doa untuk Halim, ayah dah ibu nak Halim jadi anak yang baik, soleh, pandai, panjang umur serta dimurahkan rezeki serta diberi keberkatan dalam hidup. Halim tahu semua orang sayang kat Halim. InsyaAllah Halim akan jadi anak yang taat.
Lepas ni halim nak cerita pasal kawan baik Halim pulak.
Monday, March 23, 2009
Birthday Party Halim - Dekorasi dan kek Halim
Tengok diaorang letak nama Halim tapi setakat bin aje, nama ayah tak letak..kat sini memang camtu, kalau yang perempuan setakat binti aje. Tapi itulah kalu tahu awal2 nak buh nama camtu boleh pesan awal2 jangan letak bin kan? letak aje Abdul Halim.
Hiasan yang menarik Halim suka, ada banyak belon.
Dihiasi dengan kebaya nyonya, sesuai dengan nama Restoran Sri Kebaya. Ditingkat bawah ada satu lagi kebaya berwarna hijau cantik...ibu Halim duk berangan ler tu. Tapi setakat berangan je lah ibu yea? Halim rasa dan agak-agak bukan saiz ibu tuuuu...
Ni adalah kek Halim, sebenarnya Halim nak kek Spiderman..ibu ke Kedai Kek Battel harga keknya QR 200 tapi diaorg tak pandai nak lukis spiderman hanya letakkan toy spiderman aje camtu tak cantik dahlah mahal kalu nak cucuk toy kat atas kek baik ibu Halim buat tu ibu Halim yang cakap hehhe... eksyen aje ibu Halim tu,Ibu cakap apa susah buat kek, sapu icing pastu amik toy Halim letak atas kek hahhha...(ada ke patut ibu nak buat camtu). Masa pergi booking restoran tu, ibu tanya auncle tu boleh tak buatkan kek sekali masa majlis tu nanti, buatkan kek spiderman diaorg cakap boleh. Pastu tanya harga berapa terkejut gak ibu Halim hanya QR70 aik murahnya...oklah buatkan kek sekali. Pastu keesokkan harinya auncle tu telepon ibu dia cakap tak pandai nak lukis spiderman huhuhuukkk...nape diaorg semua tak pandai nak lukis spiderman????? mesti tak tengok kartun ni...tapi tak apalah disebabkan kek tu murah dari kedai kek hari tu kira oklah, janji ada kek.
Oklah dulu setakat ni, sebenarnya minggu ni Halim ada exam untuk 2nd term, doakan Halim berjaya dan cemerlang untuk semua subjek yea?
Ni jadual exam Halim.
22 march 2009 : English
23 march 2009 : Mathematic and Social Studies
24 march 2009 : Arabic
25 march 2009 : Science
26 march 2009 : Islamic Studies
Disebabkan exam inilah Halim tak puas nak main dengan hadiah-hadiah yang Halim dapat, tapi takpe hanya tinggal 2 hari je lagi....pastu yahooooo Halim enjoy.
Tunggu yea di entry seterusnya...Acara potong kek
Sunday, March 22, 2009
Birthday Party Halim - cop tempat dulu
Wednesday, March 18, 2009
Tak Sabar dah....
Monday, March 9, 2009
It's my birthday today
Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Abdul Halim
Happy birthday to you....
Tengah sedap-sedap tidur Halim terdengar ada orang nyanyi lagu tu, cepat-cepat Halim bangun. Rupanya ibu, ayah dan Hajar yg nyanyi birthday untuk Halim. Dalam bilik tu gelap, Halim nampak pula 3 cahaya lilin...wow!!! romantisnya (sapa punya idea ler tuh yer?) hurayyy!!!! ada present. Tapi kenapa 3 aje, Halim kan seven yrs old? Ibu ada 3 aje sayaanggg.....
Terima kasih kerana bagi hadiah ni, Halim ingatkan Halim tak akan dapat hadiah ni tapi akhirnya Halim dapat juga.
Dah buka hadiah semua pastu pergi mandi dan pakai baju sekolah, Halim ukur tinggi mmm...120cm, dah tinggi. Tapi birthday party nanti dulu, 20th mac baru buat. Biasanya ayah bawa dinner aje pastu party selalunya buat kat rumah tokma bila balik bercuti, tapi kali ni Halim nak celebrate dengan kawan-kawan kat sini pulak. Yelah kan? kan dah besar kan?