Saturday, July 31, 2010

Kami mula mengaji di siang hari.

Kami nak bagi tahu ayah ni,
hari ini kami mula mengaji di siang hari, memandang bulan Ramadhan bakal tiba...
maka ustazah dah tukar waktu mengaji, jadi sepanjang bulan puasa nanti kami tidak mangaji disiang malam hari lagi.
Hari ini mungkin ibu yang hantar kami, nanti bila ayah balik ke sini bolehlah ayah yang hantar yea.
Jap yea kami nak cari gambar kami supaya ayah boleh lihat kami...


Cari punya cari ada satu ni yg masih agak gambar terbaru, gambar semasa berada dirumah Siti...ayah ingat tak? masa tu ayah masih bercuti bersama-sama. 

Abang Halim ajar adik Hafsah baca buku...kakak Hajar tolong bacakan...manakala kakak Hawa pula main telefon...duk telefon sapalah tu yea.

Oklah ayah...
Salam sayang dari kami semua.

Tuesday, July 27, 2010

Main Pantai

Memang dah lama tak update blog kami ni.
Ibu memang tak sempat sangat buat masa sekarang ni, disebab adik Hafsah tak berapa sihat.
Malam ini ibu gagahkan juga supaya ayah yang berjauhan dari kami dapat melepaskan rindu pada kami.

Lihatlah ayah, ibu bawa kami pergi main pantai...
seronok sangat, tapi masa tu ayah takde.
Ayah pulang sekejap je hantar kitaorg, lepas tu ayah terpaksa balik Qatar sebab ada kerja yang perlu dibereskan.
Buat tatapan ayah yg berada di Sharjah (site visit)...saksikan kami main pantai.


Tengoklah Abang Halim yang makin gemuk.
Hawa pula mula-mula excited sangat nak mandi...
bila ombak datang dia cakap ''Kakak Hawa tak nak yang macam ni...Kakak Hawa nak swimming pool''.
dah habis cakap macam tu dah mula menangis takmau duduk atau main2 lagi.
Nasib baik ada Cik Ra yang melayan.
Ibu tak boleh tolong sebab dukungkan Adik Hafsah aje.
Bila dah lama baru ok...baru nak mula main semula.
Alhamdulillah lega.


Kakak Hajar pura-pura tidur.
Tapi kami tak boleh main lama sangat...lepas maghrib ada kelas fardi ain.
Lepas main, balik mandi2 lepas tu Abang Halim tertidur kepenatan,
Masa nak pergi mengaji nak menagis pulak dah...adoi
Tapi alhamdulillah kids pergi juga.

Seronok main nak ajak balik memasing nak nangis.


Siti Hajar Si mermaid

Oklah ayah...setakat ini dulu yea.
Ibu rasa mengantuk sangat. Dah jam 12.30 malam.
Salam sayang dari kami.
Ayah jaga diri tau.
Miss you and love you so much.





LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin