Wednesday, March 31, 2010
Thursday, February 25, 2010
Siti Hafsah Namanya
Inilah adalah gambar Siti Hafsah semasa berumur 7 hari, ayah, ibu dan Cik Ain bawa Siti Hafsah ke kedai gambar sebab nak bergambar untuk passport. Kena cepat-cepat siapkan passport kalu tak nanti tak boleh keluar Qatar. Bulan 6 nanti kita sama-sama balik bercuti ke Malaysia selama 3 bulan.
Tak sabar nak bawa Siti Hafsah ke Malaysia, nak tunjukkan pada saudara-mara kita kat sana. Buat masa sekarang ni Tokma ngan Cik Ain masih ada kat rumah kita, tolong ibu sementara ibu masih dalam pantang, 19 mac 2010 Tokma ngan Cik Ain akan pulang ke Malaysia.
Wednesday, December 30, 2009
Nak tengok pets!!!!!
Nak nok pet...nak nok fish..nak nok cat...nak nok ter (hamster)...nak nok bird....
Itulah Ct Hawa yang tak sabar nak jalan-jalan kat Souq Wakif, dia nak tengok semua binatang tu. Kalu ke souq tu pasti nak jenguk pets tu, nak ajak balik mesti menangis, pastu dalam kete duk ulang nak nok...nak nok (nak tengok bla-bla, semua dia akan sebut)
Sekarang ni musim sejuk tapi tak berapa sejuk, jadi memang best untuk bersantai makan-makan ditempat terbuka. Orang lain sibuk makan Ct Hawa sibuk nak merayau...ibu dan ayah kena gilir-gilir makan.
Kelakar betullah Siti Hawa ni, ibu suka betul tengok..sungguh terhibur rasanya tengok anak ibu cakap.
Monday, December 21, 2009
Sambil tunggu bas kami...

Sempat posing sebelum bas datang, buat kenangan kamu adik beradik. Masa ini adik Hawa demam dan selsema, adik Hawa memang jarang demam tapi kali ini terkena demam dan selsema yang agak lama.





Diantara gambar-gambar adik Hawa yang sempat ibu rakam setelah abang dan kakak berangkat kesekolah.
Tuesday, June 23, 2009
Sebelum Majlis Potong Kek Siti Hajar - Part 2
Siti Hawa tersenyum di Majlis Hari Jadi kakak. Memakai gaun yang di hadiahkan oleh Auntie Shima dan di touch up sedikit oleh ibu kami dengan mengenakan sedikit sulam benang dan tampalan kristal.
Sedang menyusun coklat2 yang dihadiahkan oleh Auntie Baiza. Terima kasih banyak2 auntie. Sebelah kanan itu Yani dan kiri itu Tippy, anak Auntie Baiza.
Friday, June 19, 2009
Majlis Harijadi Siti Hajar - Part 1
Friday, June 5, 2009
Persiapan Majlis Hari Jadi
Hari ni (jumaat 5/6 - majlis sambutan harijadi Siti Hajar yg ke-6) Hajar bangun awal pagi sebab nak tolong ibu buat kuih untuk Majlis hari jadi Hajar malam nanti. Hajar dah 6 tahun sekarang ni, mesti tolong ibu. Hajar memang suka kerja-kerja ibu...memang suka sangat kalau ibu suruh tolong tapi mesti pilihlah...tak semua kerja tau ibu? kerja-kerja itu mesti fun contohnya kupas carrot ni. Best tau kupas carrot sampai carrot yang mula gemuk jadi slim kena kerjakan dek Hajar. Ibu cakap habis ler carrot tu...mesti tak cukup.
Hahahah...ibu cakap tak cukup, mmmmm...apa lagi tambahlah lagi, Hajar memang suka tolong ibu.Dah siap kupas Hajar tolong ibu parut pulak, mulanya ibu tak kasi takut kena tangan. Tapi don't worry ibu i can do it. Tengok tu berhasilkan? ibu..ibu.. boleh Hajar tolong lagi? Hajar nak potong kobis tu...ibu cakap no way!!!!.
Tak apalah tak boleh sudahlah, apa lagi nak tolong ibu? tolong kacau ni, tepung coklat kek segera, hurayyy!!!! nak melompat punyalah happy. Bangga betul ibu suruh kacau kek.
Kuih tepung kapur ni memang menjadi kegemaran Hajar dan Abg Halim, kat tepi rumah tokma ada sorang nenek jual kuih ni...selalulah kami beli pagi-pagi. Bawa duit 50 sen dan dapat 2 bungkus. Kalau bawa duit RM1 kami dapat 5 bungkus....isk..isk murah betul.
Antara kuih-muih yang ibu buat untuk dibawakan ke Restoran Seri Kebaya