Wednesday, June 23, 2010

Cuti-cuti Malaysia 2010

Eh! dah masuk banyak bulan baru nak update...apalah ibu kami ni.
Dah banyak betul cerita kami yang ibu tak ceritakan, sayang kalau detik2 indah itu berlalu begitu aje.
Esok 24 jun kami nak balik Malaysia, masa ni ayah masih lagi bekerja diQatar. Gembira tak terkata rasanya nak balik kali ni. Apatah lagi nak bawa balik adik baru kami Siti Hafsah.

Ramai yang tak sabar nak dukung nak cium dan nak usik2 Siti Hafsah, tapi masa ni Siti Hafsah agak kurang ceria kerana eczema yg dihadapinya agak serius, ibu dan ayah selalu bawa ke klinik tapi entahlah, masih macam tu juga. Sehari sebelum balik kampung pun pergi lagi ke klinik sebab doc cakap nak tengok dulu apa kesan ubat yg diberikan minggu lepas.

SaMBUGNLAH NNT YEA...IBU KAMI NGANTUK.

Saturday, April 24, 2010

Siti Hafsah 2 bulan

Bergambar selepas mandi...kini sudah pandai tersenyum.

Wednesday, March 31, 2010

Bercukur

Cukur rambut penuh hari ke-10

Thursday, February 25, 2010

Siti Hafsah Namanya



Inilah adalah gambar Siti Hafsah semasa berumur 7 hari, ayah, ibu dan Cik Ain bawa Siti Hafsah ke kedai gambar sebab nak bergambar untuk passport. Kena cepat-cepat siapkan passport kalu tak nanti tak boleh keluar Qatar. Bulan 6 nanti kita sama-sama balik bercuti ke Malaysia selama 3 bulan.

Tak sabar nak bawa Siti Hafsah ke Malaysia, nak tunjukkan pada saudara-mara kita kat sana. Buat masa sekarang ni Tokma ngan Cik Ain masih ada kat rumah kita, tolong ibu sementara ibu masih dalam pantang, 19 mac 2010 Tokma ngan Cik Ain akan pulang ke Malaysia.

Wednesday, December 30, 2009

Nak tengok pets!!!!!


Nak nok pet...nak nok fish..nak nok cat...nak nok ter (hamster)...nak nok bird....
Itulah Ct Hawa yang tak sabar nak jalan-jalan kat Souq Wakif, dia nak tengok semua binatang tu. Kalu ke souq tu pasti nak jenguk pets tu, nak ajak balik mesti menangis, pastu dalam kete duk ulang nak nok...nak nok (nak tengok bla-bla, semua dia akan sebut)

Sekarang ni musim sejuk tapi tak berapa sejuk, jadi memang best untuk bersantai makan-makan ditempat terbuka. Orang lain sibuk makan Ct Hawa sibuk nak merayau...ibu dan ayah kena gilir-gilir makan.

Ibu suruh duduk dekat sikit lagi...takut pulak abang Halim


Nak tengok sangat tapi tak lepas tangan ibu.

Kelakar betullah Siti Hawa ni, ibu suka betul tengok..sungguh terhibur rasanya tengok anak ibu cakap.

Monday, December 21, 2009

Sambil tunggu bas kami...

Setelah sekian lama tak update...hari tetiba ibu rajin pulak. Memang lama benar rasanya tak bercerita tentang anak2 ibu ini.


Kini ibu sedang hamil anak yang ke-4 lelaki atau perempuan masih menjadi tanda tanya...saja nak buat suprise. InsyaAllah jangkaan bersalin 9 feb hampir sama dengan tarikh lahir Abang Halim 9 mac. Tak lama lagi iaitu 20 jan Tokma ngan Cik Ain akan datang ke Qatar tolong tengok2kan Halim, Hajar dan Hawa sementara ibu masih belum sihat. Kini dah masuk 8 bulan dah tak lama lagi bertambah lagi ahli keluarga kita. Diharapkan agar semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Pada masa ini Abang Halim 7 tahun, kakak Hajar 6 tahun dan adik Hawa 2 tahun.


Gambar ini ibu rakamkan dimusim sejuk tahun 2009 diQatar






Sempat posing sebelum bas datang, buat kenangan kamu adik beradik. Masa ini adik Hawa demam dan selsema, adik Hawa memang jarang demam tapi kali ini terkena demam dan selsema yang agak lama.







Diantara gambar-gambar adik Hawa yang sempat ibu rakam setelah abang dan kakak berangkat kesekolah.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin