Masa ambil gambar ni sebenar tengah siap-siap nak kesekolah dengan pakaian P.E uniform nak main sukan. Masa balik dari sekolah tak sempat ibu tanya, kakak cakap teacher dia kata rambut dia nice macam princess aik? teacher pun cakap camtu hehehhe...pandai teacher pujuk hati kakak bukan main happy lagi dia. Tapi ibu tumpang bangga gak ler sebab kakak cakap kat teacher dia my mum cut my hair. Pasni ibu nak potong rambut sapa pulak yea?
Wednesday, February 25, 2009
Like a princess....
Masa ambil gambar ni sebenar tengah siap-siap nak kesekolah dengan pakaian P.E uniform nak main sukan. Masa balik dari sekolah tak sempat ibu tanya, kakak cakap teacher dia kata rambut dia nice macam princess aik? teacher pun cakap camtu hehehhe...pandai teacher pujuk hati kakak bukan main happy lagi dia. Tapi ibu tumpang bangga gak ler sebab kakak cakap kat teacher dia my mum cut my hair. Pasni ibu nak potong rambut sapa pulak yea?
Tuesday, February 24, 2009
Tunjuk Gusi
Rina dah tayang gigi, saya nak tayang gusi hehehe...umur saya setahun 2 bulan 13 hari, gigi saya ada 2 aje, Rina anak kawan ibu dah ada banyak gigi saya dah jeles. Gusi atas tu dah besar rasa tak selesa je rasa macam nak gigit orang je heheh...eh! ibu cakap Abang Halim dulu selalu gigit Cik Ra ngan Su Yen ye ke? dah tu sekarang ni Cik Ra ngan Su Yen takde saya nak gigit sapa ni yea? Gigit ayah ngan ibu aci ker?
Thursday, February 19, 2009
Tanda Lahir - Siti Hawa
Tanda ditangan Ct Hawa inilah menyebabkan ibu cemas semasa adik baru saja dilahirkan, semasa tibanya waktu melahirkan tetiba kedudukan adik melintang jadi pada masa itu ibu telah bersedia untuk menjalani C Section ibu pada mula agak takut tapi setelah dpt semangat dari ayah dan juga aura dari adik Hawa sendiri ibu memang bersedia. Ibu ke labour room dan beberapa orang doktor datang mereka berbincang kalu boleh nak ibu bersalin normal sebab sebelum ni ibu tak pernah menjalani C Section. Discus punya discus doc cakap nak pusing ibu tawakal aje...ibu duk tenang aje sebab tak rasa sakit apa2, ibu ke hospital pun sebab dah kuar tanda tapi ibu tak sakit.
Setelah 2 jam berada disitu, doc pun mula pusing baby ct hawa...baby sakit tak? kesian baby kat dalam perut ibu. Pusing tu sekejap aje dan doc tu memang terror beberapa org doc lain tak berani...camana pusing???? doc pastikan dulu mana kedudukan kepala dan kaki lepas tu dengan sekali pusing dengan menggunakan kedua-dua tangan diperut ibu itu aje???? tak sakit pun Alhamdulillah tepat jam 12 malam ibu mula rasa contraction ha!!! baby dah nak kuar gembiranya ibu, doc tanya pada masa tu nak epidural ke? ibu cakap tak nak...baik sungguh layanan mereka. Pada mulanya ibu agak takut bersalin diQatar tapi apakan daya, ibu terpaksa sebab abang dan kakak sekolah nanti lama kena tinggal sekolah. Baby selamat dilahir pada jam 3 pagi.
Berbalik kepada tanda tu...sejurus baby Ct Hawa kuar dan siap dimandikan, ibu dan baby dibawa ke bilik rehat untuk pastikan tak ada apa2 masalah selama 2jam. Ibu terus susukan
baby, masa tu ibu belek2 tangan dan kaki baby tetiba nampak tanda biru kat tangan tetiba datang rasa cemas terus panggil nurse, terdetik dlm hati ni mesti sebab doc silap pusing tadi, tapi alhamdulillah takde apa itu hanyalah tanda lahir khas untuk anak ibu yang bernama Siti Hawa.
Ibu yakin masa Siti Hawa besar nanti mesti dia akan tengok tanda itu selepas membaca entry ni....camana dengan tanda tu sekarang?
Terima kasih pada Cik Ni yang datang ke Qatar untuk menolong ibu sepanjang tempoh berpantang.
Ibu nak masukkan juga gambar Cik Ni semasa berada di sini sebagai kenangan.
Saturday, February 14, 2009
Bubur Asyura
Auntie Ita cakap dia mula masak bubur Asyura jam 5.00 pagi!!!! awalnya? dia cakap lagi dia terpaksa pergi beli dapur baru sebab tak padan dengan kuali hehhe sian Auntie Ita yang berusaha gigih sebab nak buat bubur asyura...itu yang ibu cerita pada kakak dan abang sebab tak nak makan betapa susahnya nak buat bubur ni...siap cerita lagi kisah Nabi Nuh as. yang pada masa itu berlakunya banjir. Masa ibu bercerita sibuk pulak tanya itu ini, bersemangat tapiiii...bila habis cerita ibu wat muka sedih nah makanlah mari ibu suap, dua-dua cakap taknak. Mmmm..taknak tak apalah tapi anak2 tahu tak ibu sangat suka dengan bubur Asyura ni tambah-tambah lagi kalau yang manis dan ibu lebih suka kalau yang lembek
Sebelum bubur tu lebih pekat ibu minta dulu sebab ibu suka yang macam ni, dia akan mengeras juga tapi tak berapa keras sedap, buh dalam peti lagi sedap. Ibu tak kisah pun kalau anak2 ibu tak suka sebab ibu boleh makan banyak hehhee....
Ibu ingat nak sambung lagi cerita nih...tapi ada kerja yang perlu dibuat jadi ibu cerita lain kalilah. Ibu nak masukkan gambar kalian semasa ke rumah Auntie Ita...nantilah bila ada masa ibu sambung lagi yea sayang.
Salam sayang,
Ibu
Tuesday, February 10, 2009
Awards???? banyaknya

Cik Ja Kahwin (27/1/2008)
Saturday, February 7, 2009
Siti Hawa berjalan????
Sunday, February 1, 2009
Mandi-manda dilautan Oman
Selepas jauh dibawa menjelajah kami dibawa ke kawasan yang agak cetek untuk mandi-manda, mula-mula kami ingatkan ditepi pantai rupa tidak...tak ada persisiran pantai rupanya, makin 'excited' budak2 dan bapak2 budak nak terjun. Mak2 budak tukang tengok aje. Kalu ibu tak tahu nak berenang, kakak pun tak turun sebab ayah nak kena jaga abang.
Dipersinggah pertama abang dan ayah terjun untuk mandi dan siap mandi semua, makan pulak nasi beriani dah penat2 bukan main berselera makan sambil bot berjalan perlahan-lahan. Dah siap makan berhenti lagi disatu tempat cam berteluk dan cetek banyak ikan dan dibolehkan sapa2 yang mandi. Masa ni lagi cantik berenang sambil dikerumuni ikan yang berwarna-warni, roti arab yang disediakan untuk makan tengahari masih banyak apalagi jadi rezeki ikan kat situ.
Sekian,
Salam Sayang,
Ibu