Tuesday, June 23, 2009

Sebelum Majlis Potong Kek Siti Hajar - Part 2


Siti Hawa tersenyum di Majlis Hari Jadi kakak. Memakai gaun yang di hadiahkan oleh Auntie Shima dan di touch up sedikit oleh ibu kami dengan mengenakan sedikit sulam benang dan tampalan kristal.

Senyuman malu-malu oleh Siti Hajar. Tak nak pandang kamera.



Sedang menyusun coklat2 yang dihadiahkan oleh Auntie Baiza. Terima kasih banyak2 auntie. Sebelah kanan itu Yani dan kiri itu Tippy, anak Auntie Baiza.

Inilah Siti Hajat bergambar dengan adik kesayangan, Siti Hawa. Mana dia abang kesayangan????? mmmm...kalau dah jumpa kawan jangan haraplah.


Bergambar bersama Tippy.

Friday, June 19, 2009

Majlis Harijadi Siti Hajar - Part 1




Ini adalah kek harijadi Siti Hajar sempena ulang tahun yang ke-6.


Sebelum acara potong kek.



Selepas ayah membaca doa selamat dan menyanyikan lagu happy birthday, Hajar pun potong kek tanpa meniup lilin terlebih dahulu, ibu pun terlupa kes gabra ni. Ibu cakap macam nak nikahkan Hajar je gabranya.



Lepas potong kek ibu suapkan kek untuk Hajar tapi tak sempat dirakamkan.


Friday, June 5, 2009

Persiapan Majlis Hari Jadi


Hari ni (jumaat 5/6 - majlis sambutan harijadi Siti Hajar yg ke-6) Hajar bangun awal pagi sebab nak tolong ibu buat kuih untuk Majlis hari jadi Hajar malam nanti. Hajar dah 6 tahun sekarang ni, mesti tolong ibu. Hajar memang suka kerja-kerja ibu...memang suka sangat kalau ibu suruh tolong tapi mesti pilihlah...tak semua kerja tau ibu? kerja-kerja itu mesti fun contohnya kupas carrot ni. Best tau kupas carrot sampai carrot yang mula gemuk jadi slim kena kerjakan dek Hajar. Ibu cakap habis ler carrot tu...mesti tak cukup.

Hahahah...ibu cakap tak cukup, mmmmm...apa lagi tambahlah lagi, Hajar memang suka tolong ibu.

Dah siap kupas Hajar tolong ibu parut pulak, mulanya ibu tak kasi takut kena tangan. Tapi don't worry ibu i can do it. Tengok tu berhasilkan? ibu..ibu.. boleh Hajar tolong lagi? Hajar nak potong kobis tu...ibu cakap no way!!!!.


Tak apalah tak boleh sudahlah, apa lagi nak tolong ibu? tolong kacau ni, tepung coklat kek segera, hurayyy!!!! nak melompat punyalah happy. Bangga betul ibu suruh kacau kek.

Kuih tepung kapur ni memang menjadi kegemaran Hajar dan Abg Halim, kat tepi rumah tokma ada sorang nenek jual kuih ni...selalulah kami beli pagi-pagi. Bawa duit 50 sen dan dapat 2 bungkus. Kalau bawa duit RM1 kami dapat 5 bungkus....isk..isk murah betul.

Antara kuih-muih yang ibu buat untuk dibawakan ke Restoran Seri Kebaya


Tuesday, June 2, 2009

Main Masak-masak

Pau Kacang Merah kegemaran kami, daging/ ayam kami tak mau

Kuih Serimuka kegemaran kami, makan atas pulut buang

Bubur Sum sum kegemaran Hajar, Halim tak minat

Kek Marble pandan tak sempat nak potong...


Nasi lemak

Ayaammm goreng..mmm kami tak boleh tengok

Timun dengan telur Siti Hawa suka

Sambal bilis, jangan pedas tau!!!

Dah lama ayah dan ibu tak panggil kawan2 datang rumah makan-makan. Kebetulan ada kawan ayah ditempat kerja lama dulu datang kerja kat Qatar ni jadi mereka dijemput kerumah kami. Kami boleh main-main dengan anak2 kawan2 ayah juga...ayah dan ibu ada kawan, kami pun ada kawan. Kawan kami sini ramai...time makan-makan macam ni je nak main lebih sikit.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin