Tuesday, March 31, 2009

Birthday Party Halim - Sat-sat Ada Yang Tercicir la!!!



Nampak gayanya cerita Halim masih belum habis, ingat dah nak posing dengan hadiah...tapi sebelum tu Halim nak cerita dululah pasal satu-satunya restoran Malaysia di Qatar ni. Banggakan? kat Qatar ada satu restoran Malaysia. Cantik pulak tu, macam-macam ada nasi lemak, sate, mee kari, nasi goreng, mee goreng kicap ,rendang, ABC, kuih-muih dan banyak lagi. Suka tengok kalau orang luar datang makan nasi lemak, makan kepok keping rasa cam entahlah nak cakap tapi terasa bangga dengan Malaysia. Restoran ni kepunyaan penuh rakyat Malaysia yang dulu pramugari Qatar Airways. Dengan ucapan agar terus suksess yea. Setiap malam Jumaat dan sabtu ada buffet direstoran ini, sesiapa yang terasa ingin menikmati makanan Malaysia bolehlah berkunjung.





Gambar ni diambil oleh ibu sebelum kami keluar, sekarang ni ditingkat bawah restoran, hiasan yang cantik dan banyak menjurus kepada peranakan baba dan nyonya.

Ok..ok, Halim lepas ni ada satu lagi je entry Halim posing dengan hadiah, dah takde dah yang tertinggal. My gurl-gurl dan marah mereka pun ada cerita jugak. Bilalah nak habis cerita abang ni!!!!!

Birthday Party Halim - Restoran Sri Kebaya

Monday, March 30, 2009

Birthday Party Halim - Juadah

Juadah yang disediakan pada malam itu ialah kurma daging, ayam goreng tepung, sambal bilis dan sayur campur bersama nasi putih. Yang paling sedap ialah kurma daging tu...lain dari pada yang lain.


Juadah kuih muih pula ialah cream puff, puteri ayu, kuih serimuka dan kaswi.


Cupcake ni juga, comel-comel kan? Semua Halim suka. Lepas makan apa lagi, Halim main dengan kawan-kawan....main lari2 dan juga pecah-pecahkan belon. Sementara ibu dan ayah pula duk borak2 dengan kawan-kawan.

Sampai berjumpa lagi dientry akhir iaitu Halim bersama hadiah. bye.

Saturday, March 28, 2009

Birthday Party Halim - Bersama Kawan2


Ini adalah kawan Halim yang paling rapat, ni adalah adik Halim, namanya Siti Hajar. Siti Hajar ni agak berani orangnya...kalu nak ambil barang dalam bilik atau kat dapur Halim suruh Siti Hajar temankan, kalu nak ke bilik air pun Siti Hajar jugak yang jadi mangsa. Tapi tak apa Siti Hajar ni baik tapi ada juga mood dia. Halim sekarang ni dah masuk 7 tahun jadi Halim dah tak takut semua benda Halim buat sendiri je tak perlu ditemani lagi oleh Siti Hajat tapiiii...dengan satu syarat semua tempat perlu terang benderang.


Ini pulak nama dia Zaki, umur kami sama...sekolah sama tapi tak satu kelas, fardu ain sekelas dan naik bas yang sama apabila kesekolah. Sebenarnya kami berjiran...tiap2 petang kami bermain bersama. Siti Hajar pula main dengan adik Zaki, Alia.




Halim sebenarnya terlupa nak posing dengan semua kawan-kawan yang datang pada hari tersebut, jadi Halim letak gambar ni ajelah.

Halim dah habis exam fuhhh...lega. Sekolah seminggu je lagi pastu cuti. Seronoknya sebab boleh main-main tengok karton, main games, tidur lambat sikit dan tak perlu buat homework huraayyyyy....suka sangat. Tunggu yea...Halim rasa belum habis lagi cerita Halim ni....

Wednesday, March 25, 2009

Birthday Party Halim - Acara Potong Kek dan Doa Selamat


Sebelum acara potong kek bermula ayah bacakan doa untuk Halim, ayah dah ibu nak Halim jadi anak yang baik, soleh, pandai, panjang umur serta dimurahkan rezeki serta diberi keberkatan dalam hidup. Halim tahu semua orang sayang kat Halim. InsyaAllah Halim akan jadi anak yang taat.


Selepas berdoa, semua nyanyi lagi Happy Birthday untuk Halim, Halim pun tiup lilin...ada 7 batang lilin semuanya Halim dah besar sekarang. Halim nak cepat besar dan terus besar.


Dah habis tiup lilin, Halim dah potong kek...ibu suapkan Halim kek dan kiss Halim. Halim sayang semua.

Lepas ni halim nak cerita pasal kawan baik Halim pulak.

Birthday Party Halim - Acara Potong Kek dan Doa Selamat

Monday, March 23, 2009

Birthday Party Halim - Dekorasi dan kek Halim


Tengok diaorang letak nama Halim tapi setakat bin aje, nama ayah tak letak..kat sini memang camtu, kalau yang perempuan setakat binti aje. Tapi itulah kalu tahu awal2 nak buh nama camtu boleh pesan awal2 jangan letak bin kan? letak aje Abdul Halim.


Hiasan yang menarik Halim suka, ada banyak belon.


Dihiasi dengan kebaya nyonya, sesuai dengan nama Restoran Sri Kebaya. Ditingkat bawah ada satu lagi kebaya berwarna hijau cantik...ibu Halim duk berangan ler tu. Tapi setakat berangan je lah ibu yea? Halim rasa dan agak-agak bukan saiz ibu tuuuu...


Ni adalah kek Halim, sebenarnya Halim nak kek Spiderman..ibu ke Kedai Kek Battel harga keknya QR 200 tapi diaorg tak pandai nak lukis spiderman hanya letakkan toy spiderman aje camtu tak cantik dahlah mahal kalu nak cucuk toy kat atas kek baik ibu Halim buat tu ibu Halim yang cakap hehhe... eksyen aje ibu Halim tu,Ibu cakap apa susah buat kek, sapu icing pastu amik toy Halim letak atas kek hahhha...(ada ke patut ibu nak buat camtu). Masa pergi booking restoran tu, ibu tanya auncle tu boleh tak buatkan kek sekali masa majlis tu nanti, buatkan kek spiderman diaorg cakap boleh. Pastu tanya harga berapa terkejut gak ibu Halim hanya QR70 aik murahnya...oklah buatkan kek sekali. Pastu keesokkan harinya auncle tu telepon ibu dia cakap tak pandai nak lukis spiderman huhuhuukkk...nape diaorg semua tak pandai nak lukis spiderman????? mesti tak tengok kartun ni...tapi tak apalah disebabkan kek tu murah dari kedai kek hari tu kira oklah, janji ada kek.

Oklah dulu setakat ni, sebenarnya minggu ni Halim ada exam untuk 2nd term, doakan Halim berjaya dan cemerlang untuk semua subjek yea?

Ni jadual exam Halim.

22 march 2009 : English
23 march 2009 : Mathematic and Social Studies
24 march 2009 : Arabic
25 march 2009 : Science
26 march 2009 : Islamic Studies

Disebabkan exam inilah Halim tak puas nak main dengan hadiah-hadiah yang Halim dapat, tapi takpe hanya tinggal 2 hari je lagi....pastu yahooooo Halim enjoy.

Tunggu yea di entry seterusnya...Acara potong kek

Sunday, March 22, 2009

Birthday Party Halim - cop tempat dulu

Gambar ini diambil pada 14 march 2009, masa ni ayah pergi booking restoran yang mana party Halim nanti diadakan, nampaklah sikit view kat belakang tu kan? nanti malam tak ble nampak pulak. Tempat ni adalah kawasan makan2 yang terletak diSouq Wakif macam-macam restoran ada kat sini kalu nak rasa makanan dari negara lain bolehlah datang kat sini. Tapi Halim hairan pulak kenapa ibu ambil gambar kat celah lorong ni, mana ada nampak sangatkan?...kalu amik kat depan sana Halim rasa lagi cantik. Tapi tak apalah nak buat camana kan? tempat booked yang tinggal hanyalah majlisnya aje...tunggu yea.

Wednesday, March 18, 2009

Tak Sabar dah....


Hi, salam semua...sebenarnya Halim dah tak sabar nak tunggu birthday party pada hari jumaat nanti 20 mac 2009, hari-hari duk tanya berapa hari lagi ayah? berapa hari lagi ibu? Ayah buat birthday party Halim di Restoran Sri Kebaya (satu-satunya restoran Malaysia kat Qatar). Halim jemput kawan-kawan terdekat saja tu pun semua Malaysian yang mana ibu dan bapa mereka juga kawan ayah dan juga :) . Ibu pun tumpang gembira tu heheheh...sebab pergi lenggang-lenggang kangkung tak payah nak masak-masak kan ibu?.

Monday, March 9, 2009

It's my birthday today


Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Abdul Halim
Happy birthday to you....

Tengah sedap-sedap tidur Halim terdengar ada orang nyanyi lagu tu, cepat-cepat Halim bangun. Rupanya ibu, ayah dan Hajar yg nyanyi birthday untuk Halim. Dalam bilik tu gelap, Halim nampak pula 3 cahaya lilin...wow!!! romantisnya (sapa punya idea ler tuh yer?) hurayyy!!!! ada present. Tapi kenapa 3 aje, Halim kan seven yrs old? Ibu ada 3 aje sayaanggg.....




Terima kasih kerana bagi hadiah ni, Halim ingatkan Halim tak akan dapat hadiah ni tapi akhirnya Halim dapat juga.

Dah buka hadiah semua pastu pergi mandi dan pakai baju sekolah, Halim ukur tinggi mmm...120cm, dah tinggi. Tapi birthday party nanti dulu, 20th mac baru buat. Biasanya ayah bawa dinner aje pastu party selalunya buat kat rumah tokma bila balik bercuti, tapi kali ni Halim nak celebrate dengan kawan-kawan kat sini pulak. Yelah kan? kan dah besar kan?

Saturday, March 7, 2009

Kena gunting lagi...




Kalu nak tahu ni dah kali ke-3 ibu gunting rambut Hawa ni, mak-mak sedara kat kat kampung sana dah pesan kat ibu, jangan ler gunting Hawa tapi ibu gunting jugak huhuhu...ibu cakap rambut Hawa lurus panjang ke depan selalu masuk mata. Ha betul ler tu patut pun mata Hawa selalu sakit rupanya masuk rambut. Sekarang ni dah selesa rasanya, rasa-rasa Hawa lah kan? 2 bulan lagi pasti kena gunting lagi...apa-apa ajelah ibu, janji rambut belakang jangan gunting ok?

Gambar ni pulak ibu ambil pakai camera kat komputer aje, agak blur tapi bolehlah kan? masa ni Hawa duk kacau ibu online....ibu cakap senang kerja ibu.

Bye-bye semua
Siti Hawa

Wednesday, March 4, 2009

Kenapa adik buang!!!!!!!



Puas abang dan kakak cari barang, abang cari pensil kakak pulak cari pensil box. Ibu suruh cari dalam tong sampah kat bilik sebab adik suka sangat masukkan barang dalam tong sampah tu. Kami dah cari merata, tak adalah ibu. Ibu dah marah dah..... ibu cakap pergi masuk tidur dulu nanti ibu cari sebab dah lewat nanti susah nak bangun. Tapi kakak menangis nanti tak jumpa camana nak pergi sekolah esok. MMmmmm...ibu terpaksa carikan merata tempat....tak jumpa jugak ibu amik pencil box yang lama dan masukkan alat tulis yang lain,baru kakak diam. Abang Halim ibu gantikan dengan pensil baru. Oklah baru nak masuk tidur. Ibu pun pergi dapur nak cuci pinggan sesambil buang sisa ke dalam tong sampah tetiba ibu panggil abang!!! kakak !!! ni ha barang abang ngan kakak kat dalam tong sampah. Mesti kerja adik Hawa ni takde orang lain dah hehehehe... Kenapa adik buang !!!!!! ayah cakap eiiii...anok bertuah sungguh ler sorang ni. Adik wat muka selamba je.

Sunday, March 1, 2009

Hawa nak sekolahlah ibu...


Cepat-cepat ibu, ayah, abang dan kakak kita dah nak pergi ni, Hawa tak sabar nak pergi sekolah (kelas fardu ain). Nape pulak lambat bukak pintu lift ni, Hawa kalau dah bukak pintu rumah memang tak boleh nak tunggu orang dah. Ibu selalu je bising kalu dah bukak pintu sebab ibu takut Hawa jatuh tangga sebab sebelum masuk lift tu ada tangga. Ibu sayang kat Hawa yea?

ni masa kat dalam kelas kakak, Hawa pun nak sekolah gak kat sini ibu. Ibu cakap kat Hawa, Hawa tak boleh sekolah lagi sebab tak cukup umur. Hawa nak sekolah sangat kat sini nampak cam best je...ramai kawan-kawan boleh main-main ke kat sini? takpelah tak boleh sekolah amik gambar dalam kelas kakak pun jadilah. Janji boleh ikut tiap-tiap minggu dah ler, ble gak main-main jap kat situ.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin