Wednesday, February 25, 2009

Like a princess....

Itulah kata ibu bila dah siap gunting rambut kakak, ibu..ibu kenapa kat sini pendek kat sini panjang? mmmm...princess memang camtu dik (masih lekat dengan gelaran adik) adik tengok tak dlm tv tu rambut dia ada pendek dan panjang. Cantiklah ibu sambil tengok cermin. Lega hati ibu, kakak oh..oh kakak yang sebenarnya itu ajelah yang ibu mampu buat, tu ler ibu suruh potong kat kedai tak nak, bila nak pergi sekolah punyalah susah nak sikat kusut kat hujung2 tu ler yang ibu geram nak potong nak kasi pendek teruskan ada yang menangis nanti, cukup ler setakat tu...

Masa ambil gambar ni sebenar tengah siap-siap nak kesekolah dengan pakaian P.E uniform nak main sukan. Masa balik dari sekolah tak sempat ibu tanya, kakak cakap teacher dia kata rambut dia nice macam princess aik? teacher pun cakap camtu hehehhe...pandai teacher pujuk hati kakak bukan main happy lagi dia. Tapi ibu tumpang bangga gak ler sebab kakak cakap kat teacher dia my mum cut my hair. Pasni ibu nak potong rambut sapa pulak yea?

Tuesday, February 24, 2009

Tunjuk Gusi


Rina dah tayang gigi, saya nak tayang gusi hehehe...umur saya setahun 2 bulan 13 hari, gigi saya ada 2 aje, Rina anak kawan ibu dah ada banyak gigi saya dah jeles. Gusi atas tu dah besar rasa tak selesa je rasa macam nak gigit orang je heheh...eh! ibu cakap Abang Halim dulu selalu gigit Cik Ra ngan Su Yen ye ke? dah tu sekarang ni Cik Ra ngan Su Yen takde saya nak gigit sapa ni yea? Gigit ayah ngan ibu aci ker?

Thursday, February 19, 2009

Tanda Lahir - Siti Hawa


Sekian lama ibu mencari gambar ini, kini baru jumpa bukan ini saja yang ibu nak catat disini malahan ada banyak lagi, almaklumlah ibukan baru saja belajar memblog jadi gambar2 kenangan terlalu banyak dan ibu akan cuba simpan disini sedikit demi sedikit.

Tanda ditangan Ct Hawa inilah menyebabkan ibu cemas semasa adik baru saja dilahirkan, semasa tibanya waktu melahirkan tetiba kedudukan adik melintang jadi pada masa itu ibu telah bersedia untuk menjalani C Section ibu pada mula agak takut tapi setelah dpt semangat dari ayah dan juga aura dari adik Hawa sendiri ibu memang bersedia. Ibu ke labour room dan beberapa orang doktor datang mereka berbincang kalu boleh nak ibu bersalin normal sebab sebelum ni ibu tak pernah menjalani C Section. Discus punya discus doc cakap nak pusing ibu tawakal aje...ibu duk tenang aje sebab tak rasa sakit apa2, ibu ke hospital pun sebab dah kuar tanda tapi ibu tak sakit.

Setelah 2 jam berada disitu, doc pun mula pusing baby ct hawa...baby sakit tak? kesian baby kat dalam perut ibu. Pusing tu sekejap aje dan doc tu memang terror beberapa org doc lain tak berani...camana pusing???? doc pastikan dulu mana kedudukan kepala dan kaki lepas tu dengan sekali pusing dengan menggunakan kedua-dua tangan diperut ibu itu aje???? tak sakit pun Alhamdulillah tepat jam 12 malam ibu mula rasa contraction ha!!! baby dah nak kuar gembiranya ibu, doc tanya pada masa tu nak epidural ke? ibu cakap tak nak...baik sungguh layanan mereka. Pada mulanya ibu agak takut bersalin diQatar tapi apakan daya, ibu terpaksa sebab abang dan kakak sekolah nanti lama kena tinggal sekolah. Baby selamat dilahir pada jam 3 pagi.

Berbalik kepada tanda tu...sejurus baby Ct Hawa kuar dan siap dimandikan, ibu dan baby dibawa ke bilik rehat untuk pastikan tak ada apa2 masalah selama 2jam. Ibu terus susukan
baby, masa tu ibu belek2 tangan dan kaki baby tetiba nampak tanda biru kat tangan tetiba datang rasa cemas terus panggil nurse, terdetik dlm hati ni mesti sebab doc silap pusing tadi, tapi alhamdulillah takde apa itu hanyalah tanda lahir khas untuk anak ibu yang bernama Siti Hawa.

Ibu yakin masa Siti Hawa besar nanti mesti dia akan tengok tanda itu selepas membaca entry ni....camana dengan tanda tu sekarang?

Terima kasih pada Cik Ni yang datang ke Qatar untuk menolong ibu sepanjang tempoh berpantang.

Ibu nak masukkan juga gambar Cik Ni semasa berada di sini sebagai kenangan.

Photobucket


Saturday, February 14, 2009

Bubur Asyura

Kat Qatar pun ada orang buat bubur Asyura mmmm...sedap sangat. Ibu auntie Ita ada datang ke Qatar pastu dia bawa kan segala rempah ratus nak bubur. Jadi dia pun jemputlah kite2 pergi makan rumah dia. Menu utamanya ialah nasi kerabu, sedap lama tak makan ibu malas nak buat hehehhe.....

Photobucket

Auntie Ita cakap dia mula masak bubur Asyura jam 5.00 pagi!!!! awalnya? dia cakap lagi dia terpaksa pergi beli dapur baru sebab tak padan dengan kuali hehhe sian Auntie Ita yang berusaha gigih sebab nak buat bubur asyura...itu yang ibu cerita pada kakak dan abang sebab tak nak makan betapa susahnya nak buat bubur ni...siap cerita lagi kisah Nabi Nuh as. yang pada masa itu berlakunya banjir. Masa ibu bercerita sibuk pulak tanya itu ini, bersemangat tapiiii...bila habis cerita ibu wat muka sedih nah makanlah mari ibu suap, dua-dua cakap taknak. Mmmm..taknak tak apalah tapi anak2 tahu tak ibu sangat suka dengan bubur Asyura ni tambah-tambah lagi kalau yang manis dan ibu lebih suka kalau yang lembek

Photobucket

Sebelum bubur tu lebih pekat ibu minta dulu sebab ibu suka yang macam ni, dia akan mengeras juga tapi tak berapa keras sedap, buh dalam peti lagi sedap. Ibu tak kisah pun kalau anak2 ibu tak suka sebab ibu boleh makan banyak hehhee....

Ibu ingat nak sambung lagi cerita nih...tapi ada kerja yang perlu dibuat jadi ibu cerita lain kalilah. Ibu nak masukkan gambar kalian semasa ke rumah Auntie Ita...nantilah bila ada masa ibu sambung lagi yea sayang.

Salam sayang,
Ibu

Tuesday, February 10, 2009

Awards???? banyaknya

yeyeye...dapat award banyak pulak tu, award ni semua dari kawan ibu auntie Ije dari https://syasya03.wordpress.com/ . Terima kasih daun keladi kalu ada kasi lagi... award ni ibu simpan aje tak nak kasi kat orang lain heheh.... aci tak??????

Cik Ja Kahwin (27/1/2008)

Photobucket

Masa Cik Ja kahwin kita semua berada diQatar, ni pun gambar Tok Su yang kirim, nak panggil apa nanti ayah Cik Ja tu yea? panggil Ayah Pea boleh ke? Ayah Pea ni nampak cam pemalu je...nantilah bila kami balik cuti nanti kita kenal-kenal ok?

Salam sayang,
Ibu

Saturday, February 7, 2009

Siti Hawa berjalan????

Photobucket
Gambar dirakamkan pada 5 feb 2008
Adik dah boleh jalan???? wah !!!! sukanya dia...kakak, abang, ibu dan ayah lagi gembira. Masa ni umur adik Hawa lagi 6 hari nak cukup 14 bulan kiranya rekod terawal kalu nak banding dengan abang dan kakak 14 ++ bulan baru boleh jalan. Syabas untuk adik Hawa, sekarang ni adik Hawa sudah ada hobi baru iaitu berjalan masuk bilik air huhuhu... camtu pulak jadinya.

Tuesday, February 3, 2009

Photobucket

Gambar-gambar kenangan semasa hari lahir Siti Hawa yang pertama (11 dec 2008).

Sunday, February 1, 2009

Mandi-manda dilautan Oman

Photobucket



Selepas jauh dibawa menjelajah kami dibawa ke kawasan yang agak cetek untuk mandi-manda, mula-mula kami ingatkan ditepi pantai rupa tidak...tak ada persisiran pantai rupanya, makin 'excited' budak2 dan bapak2 budak nak terjun. Mak2 budak tukang tengok aje. Kalu ibu tak tahu nak berenang, kakak pun tak turun sebab ayah nak kena jaga abang.

Dipersinggah pertama abang dan ayah terjun untuk mandi dan siap mandi semua, makan pulak nasi beriani dah penat2 bukan main berselera makan sambil bot berjalan perlahan-lahan. Dah siap makan berhenti lagi disatu tempat cam berteluk dan cetek banyak ikan dan dibolehkan sapa2 yang mandi. Masa ni lagi cantik berenang sambil dikerumuni ikan yang berwarna-warni, roti arab yang disediakan untuk makan tengahari masih banyak apalagi jadi rezeki ikan kat situ.

Sekian,
Salam Sayang,
Ibu

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin