Tuesday, April 28, 2009

Tersingkir huhuhu...

Inilah nasib Hawa setiap hari sabtu, turun dari rumah beriya-iya bawa beg nak masuk kelas tapi cikgu tak ajak. Sampai kat kelas kawan kakak tanya apa ada dalam beg, kakak buka beg Hawa tunjuk kat kawan-kawan kakak, diaorang gelak aje hehehhe...sebab ada 2 biji cupkek ngan air hihihikhik...tu pasal cikgu tak nak ajak, lenkali kena bawa buku. Ibu cakap umur Hawa 3 tahun baru boleh masuk kelas. Kelas yang paling kecil ialah kelas 'ALIF'...takpe-takpe tunggu-tunggu nanti Hawa pun boleh sekolah.

Ada gaya seperti pelajar AF tersingkir tak? Ibu ajak Hawa pergi tempah abaya...sebab Hawa dah boleh jalan, Hawa dah boleh pakai abaya.

Kepada auntie-auntie kat luar sana Hawa nak bagitau...kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia pada bulan Ogos nanti, jadi kepada sesiapa yang inginkan abaya bolehlah contact ibu Hawa yea? nanti ibu boleh tolong tempahkan.

Ni email ibu kartiniramzi@yahoo.com

Bila abaya Hawa dah siap, ibu akan snap lagi contoh2 abaya dari Qatar. Bagitau aje design mana yang auntie nak InsyaAllah boleh akan cuba dapatkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin