Thursday, February 19, 2009

Tanda Lahir - Siti Hawa


Sekian lama ibu mencari gambar ini, kini baru jumpa bukan ini saja yang ibu nak catat disini malahan ada banyak lagi, almaklumlah ibukan baru saja belajar memblog jadi gambar2 kenangan terlalu banyak dan ibu akan cuba simpan disini sedikit demi sedikit.

Tanda ditangan Ct Hawa inilah menyebabkan ibu cemas semasa adik baru saja dilahirkan, semasa tibanya waktu melahirkan tetiba kedudukan adik melintang jadi pada masa itu ibu telah bersedia untuk menjalani C Section ibu pada mula agak takut tapi setelah dpt semangat dari ayah dan juga aura dari adik Hawa sendiri ibu memang bersedia. Ibu ke labour room dan beberapa orang doktor datang mereka berbincang kalu boleh nak ibu bersalin normal sebab sebelum ni ibu tak pernah menjalani C Section. Discus punya discus doc cakap nak pusing ibu tawakal aje...ibu duk tenang aje sebab tak rasa sakit apa2, ibu ke hospital pun sebab dah kuar tanda tapi ibu tak sakit.

Setelah 2 jam berada disitu, doc pun mula pusing baby ct hawa...baby sakit tak? kesian baby kat dalam perut ibu. Pusing tu sekejap aje dan doc tu memang terror beberapa org doc lain tak berani...camana pusing???? doc pastikan dulu mana kedudukan kepala dan kaki lepas tu dengan sekali pusing dengan menggunakan kedua-dua tangan diperut ibu itu aje???? tak sakit pun Alhamdulillah tepat jam 12 malam ibu mula rasa contraction ha!!! baby dah nak kuar gembiranya ibu, doc tanya pada masa tu nak epidural ke? ibu cakap tak nak...baik sungguh layanan mereka. Pada mulanya ibu agak takut bersalin diQatar tapi apakan daya, ibu terpaksa sebab abang dan kakak sekolah nanti lama kena tinggal sekolah. Baby selamat dilahir pada jam 3 pagi.

Berbalik kepada tanda tu...sejurus baby Ct Hawa kuar dan siap dimandikan, ibu dan baby dibawa ke bilik rehat untuk pastikan tak ada apa2 masalah selama 2jam. Ibu terus susukan
baby, masa tu ibu belek2 tangan dan kaki baby tetiba nampak tanda biru kat tangan tetiba datang rasa cemas terus panggil nurse, terdetik dlm hati ni mesti sebab doc silap pusing tadi, tapi alhamdulillah takde apa itu hanyalah tanda lahir khas untuk anak ibu yang bernama Siti Hawa.

Ibu yakin masa Siti Hawa besar nanti mesti dia akan tengok tanda itu selepas membaca entry ni....camana dengan tanda tu sekarang?

Terima kasih pada Cik Ni yang datang ke Qatar untuk menolong ibu sepanjang tempoh berpantang.

Ibu nak masukkan juga gambar Cik Ni semasa berada di sini sebagai kenangan.

Photobucket


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin