Saturday, February 14, 2009

Bubur Asyura

Kat Qatar pun ada orang buat bubur Asyura mmmm...sedap sangat. Ibu auntie Ita ada datang ke Qatar pastu dia bawa kan segala rempah ratus nak bubur. Jadi dia pun jemputlah kite2 pergi makan rumah dia. Menu utamanya ialah nasi kerabu, sedap lama tak makan ibu malas nak buat hehehhe.....

Photobucket

Auntie Ita cakap dia mula masak bubur Asyura jam 5.00 pagi!!!! awalnya? dia cakap lagi dia terpaksa pergi beli dapur baru sebab tak padan dengan kuali hehhe sian Auntie Ita yang berusaha gigih sebab nak buat bubur asyura...itu yang ibu cerita pada kakak dan abang sebab tak nak makan betapa susahnya nak buat bubur ni...siap cerita lagi kisah Nabi Nuh as. yang pada masa itu berlakunya banjir. Masa ibu bercerita sibuk pulak tanya itu ini, bersemangat tapiiii...bila habis cerita ibu wat muka sedih nah makanlah mari ibu suap, dua-dua cakap taknak. Mmmm..taknak tak apalah tapi anak2 tahu tak ibu sangat suka dengan bubur Asyura ni tambah-tambah lagi kalau yang manis dan ibu lebih suka kalau yang lembek

Photobucket

Sebelum bubur tu lebih pekat ibu minta dulu sebab ibu suka yang macam ni, dia akan mengeras juga tapi tak berapa keras sedap, buh dalam peti lagi sedap. Ibu tak kisah pun kalau anak2 ibu tak suka sebab ibu boleh makan banyak hehhee....

Ibu ingat nak sambung lagi cerita nih...tapi ada kerja yang perlu dibuat jadi ibu cerita lain kalilah. Ibu nak masukkan gambar kalian semasa ke rumah Auntie Ita...nantilah bila ada masa ibu sambung lagi yea sayang.

Salam sayang,
Ibu

1 comment:

  1. tak ingat dah bila last sekali merasa mkn suro.. huk huk.. sedihnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin